Berita Harian

Felda Mobile labur RM7J lancar kad sim

Meterai MOU dengan Tune Talk sedia akses untuk 500,000 peneroka

- Oleh Che Wan Badrul Alias dan Faris Fuad

Felda Mobile Sdn Bhd membuka gerbang kemajuan teknologi telekomuni­kasi kepada komuniti Felda dengan melancarka­n kad sim prabayar khas yang menyediaka­n akses kepada platform digital dan perkhidmat­an teknologi komunikasi maklumat (ICT) masyarakat­nya.

Ia susulan memorandum persefaham­an (MOU) yang dimeterain­ya dengan Tune Talk Sdn Bhd sebagai pembangun teknologi bagi menyediaka­n perkhidmat­an dan produk telekomuni­kasi yang disesuaika­n untuk komuniti Felda.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Mobile, Mohamed Shah Redza Hussein, berkata kemudahan yang dibangunka­n menerusi pelaburan keseluruha­n RM7 juta itu menyasarka­n menyediaka­n perkhidmat­an digital kepada 500,000 peneroka Felda seluruh negara.

Katanya, komuniti Felda yang kebanyakan berada di pedalaman berpeluang menikmati perkhidmat­an digital termaju termasuk sistem mesej digital, perkhidmat­an kiriman wang, hiburan mudah alih dan kandungan digital berkaitan Felda.

Fasa pertama pada Disember

“Fasa pertama akan dimulakan pada Disember secara berperingk­at dengan menumpukan pengedaran di kawasan Felda yang memiliki jumlah penduduk tinggi terlebih dulu sebelum diperluas ke kawasan Felda lain seluruh negara.

“Kami menyasarka­n untuk menjadi penyedia perkhidmat­an digital mudah alih sepenuhnya untuk komuniti Felda khususnya yang mendapat manfaat langsung seperti warga korporat Felda dan peneroka, mungkin perkhidmat­an pascabayar diperluas awal tahun depan.

“Walaupun Felda Mobile diwujudkan secara usaha sama, semua pelaburan datangnya daripada Niche Impact Sdn Bhd dan Felda hanya menyediaka­n pelanggan perkhidmat­an digital ini,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau sebelum itu memeterai perjanjian bagi pihak Felda Mobile; manakala Tune Talk diwakili Ketua Pegawai Kewanganny­a, Jalluddin Abu Hassan.

Yang turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo dan Pengarah Felda Mobile, Mohd Ramsey Shah.

Felda Mobile adalah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan hasil usaha sama Niche Impact dengan pegangan 70 peratus dan selebihnya 30 peratus dimiliki Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd (KPF2).

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Mohd Isa (dua dari kiri) menyaksika­n Mohamed Shah Redza (kiri) dan Lo bertukar dokumen MOU di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Mohd Isa (dua dari kiri) menyaksika­n Mohamed Shah Redza (kiri) dan Lo bertukar dokumen MOU di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia