Berita Harian

PKT Logistics sasar gudang baharu rangsang perniagaan

-

Logistics Group Sdn Bhd, menyasarka­n perniagaan gudang sejuk beku yang baharu beroperasi dikenali PKT every24 Logistics menyumbang pendapatan mencecah RM76 juta menjelang tahun 2020.

Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusannya, Datuk Michael Tio, berkata sasaran itu bakal dipacu pertumbuha­n positif industri makanan dan minuman (F&B) setiap tahun dengan saiz pasaran ketika ini mencecah RM70 bilion.

Katanya, dengan pertumbuha­n pasaran F&B sebanyak15 peratus setahun, ia menyediaka­n peluang pasaran kepada PKT Logistics yang menawarkan perkhidmat­an gudang sejuk beku untuk terus berkembang.

“Daripada saiz pasaran berjumlah RM70 bilion, logistik merangkumi RM700 juta dengan 60 peratus atau RM420 juta daripadany­a menggunaka­n perkhidmat­an logistik penyumbera­n luar. Saiz pasaran yang ditawarkan ini jelas menyediaka­n peluang kepada PKT every24 Logistics berkembang.

“Bagi merealisas­ikan sasaran kami, PKT Logistics memperuntu­kkan pelaburan tambahan sehingga RM10 juta bagi meluaskan operasi PKT every24 Logistics daripada kira-kira 7,000 kaki persegi ketika ini kepada 20,000 kaki persegi tahun depan,” katanya kepada media selepas melancarka­n gudang sejuk beku pertamanya di Shah Alam, semalam.

Labur RM3 juta

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKT every24 Logistics Sdn Bhd, Kuan Eu Jin; Ketua Pegawai Eksekutif Daisei every24 Co Ltd, Takamasa Tanaka dan Pengarah PKT every24 Logistics, Yuichi Kanai.

PKT every24 Logistics adalah unit perniagaan hasil usaha sama PKT Logistics dan Daisei every24 yang bersama-sama mewujudkan gudang sejuk beku dengan memberi tumpuan kepada operasi logistik dan pengedaran bagi industri F&B yang semakin berkembang di Malaysia.

Pembinaan gudang sejuk beku itu bermula pada awal Ogos lalu membabitka­n pelaburan kira-kira RM3 juta yang reka bentuk dan pembinaann­ya dilaksanak­an oleh pakar bilik sejuk beku dari Jepun, Matsuhashi Reinetsu Malaysia Sdn Bhd, selaras dengan piawaian Jepun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia