Berita Harian

Ketua Eksekutif Nissan terajui Mitsubishi

Ghosn minta Masuko kekal sebagai presiden selepas selesai proses ambil alih

-

Tokyo

Nkepenting­an kawalan dalam syarikat pengeluar kereta yang dalam proses pemulihan daripada skandal menipu perbatuan itu, Nikkei melaporkan. Jurucakap kedua-dua syarikat enggan mengulas. Saham Mitsubishi Motors meningkat sebanyak 10 peratus selepas laporan itu.

Skandal Mitsubishi

Nissan pada Mei lalu berkata, ia akan membeli kawalan untuk Mitsubishi dengan nilai sekitar 237 bilion (RM9.62 bilion) selepas Mitsubishi mengaku memalsukan perbatuan untuk empat model kenderaan mini, termasuk dua yang dihasilkan untuk Nissan.

Pengakuan itu mendorong kepada penjualan besar-besaran saham Mitsubishi Motors.

Ogos lalu, Mitsubishi Motors juga didapati secara keterlalua­n menyatakan perbatuan lapan model tambahan, termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero dan Outlander.

Pengeluar itu menyalahka­n komunikasi yang lemah, tadbir urus yang longgar dan tekanan dalaman sebagai punca kurang pematuhan itu.

Selepas pembelian Nissan dimuktamad­kan, syarikat kumpulan Mitsubishi - Mitsubishi Corp, Mitsubishi Heavy Industries Ltd dan Bank of Tokyo-mitsubishi UFJ - akan menyaksika­n jumlah pegangan saham mereka dikurangka­n kepada kira-kira 17 peratus.

Nissan sebelum ini berkata, ia akan menahan diri selama 10 tahun daripada menjual kepentinga­nnya kepada syarikat bukan kumpulan tanpa kebenaran Mitsubishi Motors.

Mitsubishi Motors akan membuat keputusan rasmi mengenai pelantikan eksekutif selepas mesyuarat pemegang saham pada bulan Disember, Nikkei melaporkan.

Nissan bersedia untuk memuktamad­kan perjanjian itu menjelang akhir tahun.

 ??  ??
 ?? [FOTO AFP] ??
[FOTO AFP]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia