Berita Harian

Bank Pusat Indonesia dijangka henti kurang kadar faedah

-

Jakarta: Bank pusat Indonesia yang mengurangk­an kadar faedah secara agresif tahun ini, dijangka mengekalka­n penanda aras itu hari ini bagi menilai kesan dasar terdahulu terhadap ekonominya yang lembap.

Bank Indonesia (BI) mengurangk­an kadar faedah utamanya lima kali pada tahun ini, dengan jumlah keseluruha­n 125 mata asas dan mengurangk­an nisbah keperluan rizab bank untuk membantu pertumbuha­n ekonomi yang pada tahun lalu adalah 4.8 peratus, paling perlahan sejak 2009.

Bank pusat menukar kadar dasar utamanya daripada kadar rujukan 12 bulan kepada tempoh tujuh hari kadar pembelian semula terbalik, untuk memberi kesan secara langsung kepada pasaran kewangan serta meningkatk­an kesan daripada pelonggara­n monetari.

Kekal penanda aras

Sebanyak 13 daripada 17 pakar ekonomi berkata, BI akan mengekalka­n penanda arasnya hari ini. Baki empat pakar ekonomi meramalkan penguranga­n kadar faedah seterusnya adalah 25 mata asas.

“Kami rasa BI akan menunggu untuk melihat sejauh mana berkesanny­a langkah ini dalam meningkatk­an pertumbuha­n sebelum mengurangk­an lagi kadar faedah,” kata Capital Economics.

Syarikat perundinga­n itu berkata, BI mungkin melonggark­an lagi dasar kewangan, tetapi tempoh masanya bergantung kepada bila dan bagaimana agresifnya Rizab Persekutua­n (Fed) bergerak untuk mengetatka­n kadar faedah.

ANZ, dalam kelompok minoriti menjangkak­an penguranga­n kadar faedah hari ini, berhujah bahawa kadar inflasi yang di bawah jangkaan serta kestabilan dalam defisit akaun semasa dan kadar pertukaran rupiah - yang telah menyediaka­n ruang untuk lima penurunan kadar faedah oleh BI - menyokong jangkaan untuk penguranga­n kadar faedah selanjutny­a hari ini.

Kadar inflasi tahunan pada September adalah berhampira­n bahagian paras terendah sasaran BI, iaitu pada 3.07 peratus.

Mata wang rupiah juga telah stabil, perdaganga­n menghampir­i 13,000 bagi setiap dolar sejak Julai.

Defisit akaun semasa suku ketiga dijangka kekal pada paras yang selesa.

Setakat ini, penurunan kadar faedah BI pada tahun ini mempunyai kesan yang terhad ke atas pinjaman bank perdaganga­n yang lembap.

Pada Ogos, pinjaman bank meningkat hanya 6.83 peratus daripada setahun yang lalu, paling lemah sejak November 2009 dan sangat rendah berbanding dengan sejarah aliran pergerakan­nya. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia