Berita Harian

Pasaran diunjur kembali stabil suku ketiga

-

berterusan di China yang memberi kesan besar ke atas ekonomi Asia hingga Amerika.

Walaupun sasaran kerajaan antara 6.5 hingga 7 peratus bagi tahun ini, ia membanding­kan kadar tahunan sebanyak 6.9 peratus pada 2015, kadar paling perlahan dalam suku abad.

Penganalis­is berkata, terdapat beberapa faktor kecil dalam data berkenaan ke arah mendorong langkah lebih besar dan Beijing mungkin akan melambatka­n sebarang langkah rangsangan baharu.

“China tidak akan berbuat sebarang tindakan baharu dari segi dasar kerana ekonominya tidak gelongsor,” kata Ben Kwong, seorang pengarah di KGI Asia yang berpangkal­an di Hong Kong, kepada Bloomberg News.

Dalam situasi ini, pasaran kini benar-benar tidak mempunyai arah tuju. Ia perlu menantikan berita mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Shanghai berakhir tidak berubah dan Hong Kong meningkat sehingga 0.4 peratus.

Bagaimanap­un, Tokyo ditutup 0.2 peratus lebih tinggi dan Sydney dengan beberapa senarai syarikat yang mempunyai kepentinga­n di China meningkat 0.5 peratus.

Seoul sedikit lebih tinggi, manakala Singapura pula 0.2 peratus dalam dagangan akhir.

Taipei menambah 0.7 peratus dan Manila melonjak 1.8 peratus.

Yuan China memperoleh manfaat daripada data yang dikeluarka­n, meningkat berbanding dolar buat kali pertama dalam tempoh lapan sesi.

Dolar berusaha keras untuk pulih daripada kerugian kelmarin, berbanding yen selepas peniaga belum yakin dengan data inflasi AS yang mana penganalis­is menyifatka­nnya tiada sebarang pengukuhan bagi kenaikan kadar faedah AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia