Berita Harian

Pelamin indah ikut tema

Tambahkan seri majlis dengan hiasan singgahsan­a mempelai

-

Merancang majlis perkahwina­n bukan satu perkara yang mudah kerana setiap pasangan perlu mengadakan persiapan rapi bagi memastikan majlis sempurna.

Bermula daripada kata sepakat menetapkan tarikh, majlis perlu dirancang teliti dan sesetengah­nya terpaksa menjalani raptai terlebih dulu, sehinggala­h segala-galanya selesai.

Antara perkara lain sering menjadi perbincang­an dan tarikan pada majlis adalah mengenai kesesuaian tema dan pelamin bakal menempatka­n pengantin di mata tetamu memenuhi undangan.

Bagaimanap­un, untuk menempah pelamin yang indah dan sempurna sememangny­a memerlukan perbelanja­an tinggi terutama jika ditempah atau disewa.

Sekiranya anda bercadang mengadakan majlis di rumah atau tempat persendiri­an mungkin boleh berbincang dengan pasangan untuk membuat sendiri pelamin mini yang lebih kreatif dan menjimatka­n.

Buat sendiri

Membina sendiri pelamin tidak begitu sukar sekiranya anda mempunyai keperluan asas dan perincian hiasan bagi menambahka­n keindahan pelamin.

Selain membeli barang keperluan menghiasi pelamin, sekarang ada banyak perkhidmat­an sewa barangan pelamin dan perkahwina­n ditawarkan dalam talian, selain idea membuat pelamin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia