Berita Harian

Mycatvilla untuk pencinta kucing

-

Sanggup berhenti kerja yang menawarkan gaji lumayan semata-mata ingin meneruskan minat, walaupun dianggap berisiko, tetapi ia memberikan kepuasan kepada pasangan suami isteri, Shamsul Bahrin Zainuddin, 34 dan Nazirah Abdul Aziz, 32.

Mereka bertekad untuk membina perniagaan unik dan tidak pernah terfikir iaitu membuka hotel kucing di Shah Alam kerana minat dan kecintaan yang tinggi terhadap haiwan manja itu.

Diberi nama Mycatvilla, ia dibuka di Bukit Jelutong, Shah Alam sejak tahun 2013.

Idea menubuhkan­nya tercetus selepas mereka yang membela lebih 20 kucing mengalami pengalaman menakutkan ketika menghantar binatang peliharaan ke hotel kucing.

Shamsul Bahrin berkata, menempatka­n kucing di pusat jagaan sementara kerana pemiliknya bercuti atau pulang ke kampung, adalah sesuatu yang lazim dilakukan penghuni kota.

Namun, melihat kucing kesayangan bertukar murung dan tidak terurus, ketika diambil pulang dari pusat jagaan, pasti mengecewak­an sesiapa saja termasuk Shamsul dan isteri.

Tawarkan khidmat perapian

Selepas beberapa kali menempuh pengalaman buruk, mereka mengubah situasi itu dengan membuka hotel kucing sendiri dengan jaminan perkhidmat­an terbaik.

Berkongsi minat yang sama, malah tidak keterlalua­n jika dikatakan membela kucing adalah sebahagian gaya hidup mereka membuatkan masing-masing tidak kisah menghabisk­an masa berjam-jam lamanya membelai kucing kerana sifat sayang yang tinggi terhadap haiwan itu.

Shamsul berkata, sebelum ini, beliau dan isteri memang banyak menghabisk­an masa dengan kucing seperti memandikan dan mendandan haiwan peliharaan mereka.

“Alang-alang sudah biasa buat sendiri, apa salahnya buka hotel kucing yang pada masa sama, menyediaka­n perkhidmat­an menjual barangan keperluan dan pakej merapikan kucing.

“Sebab itu saya sanggup meninggalk­an kerjaya sebagai jurutera teknologi maklumat untuk membuka hotel kucing, kerana yakin sebagai pencinta kucing, kami memahami kehendak dan perasaan pemilik lain,” katanya.

Ditempatka­n dalam sangkar kayu

Shamsul Bahrin berkata, kebiasaann­ya, pusat jagaan kucing hanya menyediaka­n sangkar besi dan mengurung haiwan yang dihantar Pemilik Mycatvilla

 ??  ??
 ?? [ FOTO SHAZREEN ZAMZURI /BH] ?? Shamsul Bahrin bersama kucing yang menginap di Mycatvilla.
[ FOTO SHAZREEN ZAMZURI /BH] Shamsul Bahrin bersama kucing yang menginap di Mycatvilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia