Berita Harian

Heboh Nikita Mirzani cium Zack Lee

-

Heboh dunia hiburan Indonesia apabila video Snapchat membabitka­n Nikita Mirzani, 30, mencium bibir model dan pelakon, Zack Lee, yang juga suami kepada Nafa Urbach, viral beberapa hari lalu.

Tidak menunggu lama, aktres berkenaan menegaskan sudah meminta maaf kepada bintang drama merangkap penyanyi itu dengan memaklumka­n, mereka tiada apa-apa hubungan.

Katanya, kejadian terbabit berlaku ketika mereka berada di dalam sebuah pusat hiburan dan sedang bergembira, namun ada pihak menyebarka­nnya kepada khalayak.

Menerusi sebuah lagi video, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu berkongsi kenyataan susulan di akaun @lambe_turah dengan menegaskan, hubungan mereka hanya sekadar kawan.

“Okey, biar saya tegaskan di sini saya dengan Zack Lee cuma teman biasa. Kami tiada apa-apa (hubungan). Memang sejujurnya rakan baik. Bagi saya Zack lelaki yang sangat baik.

Cuma rakan

“Jadi, anda semua jangan mudah menghakimi kami. Kenapa saya sangat berani? Sebab antara kami cuma rakan,” katanya yang berharap kenyataan itu dapat meleraikan gosip terbabit.

Terdahulu, menerusi laman sosial peribadi,

Nafa menjelaska­n dia mengetahui sikap suaminya yang sering keluar dengan ramai wanita, namun tidak pernah berhasrat meninggalk­an lelaki itu.

Dia dan Zack, yang berdarah campuran dan dilahirkan di Liverpool itu, mendirikan rumah tangga sejak Februari 2007 dan mereka dikurniaka­n seorang putera yang baharu berusia lima tahun, Mikhaela Lee Jowono. Pelakon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia