Berita Harian

Rassya, Prilly sambung belajar

-

Kisah cinta antara dua bintang muda, Prilly Latuconsin­a dan Teuku Rassya, bukan lagi rahsia, malah masing-masing sering berkongsi detik kegembiraa­n di laman sosial.

Kini kedua-duanya semakin terbuka dalam menonjolka­n hubungan, apatah lagi selepas si jejaka dihantar keluarga untuk menyambung pengajian di London.

Barangkali tidak tahan menanggung rindu, difahamkan bintang Ganteng-ganteng Srigala itu meminta restu keluarga supaya memberi keizinan kepadanya untuk belajar di luar negara.

Begitupun, ketika diwawancar­a, Prilly yang sebelum ini pernah bercinta dengan rakan gandingan di dalam drama berantai itu, Aliando Syarief, tidak menyatakan destinasi pilihan.

Mahu lanjutkan pelajaran

“Saya memang teringin melanjutka­n pelajaran di luar negara, tetapi bukan di London kerana universiti pilihan saya tidak terletak di sekitar United Kingdom. Cuma kita tidak tahu, mungkin saya menyusul Rasya di London,” katanya.

Biarpun jarak memisahkan mereka dan kekasihnya itu tidak dapat bersamanya meraikan sambutan ulang tahun ke-20, jejaka terbabit tidak lupa mengirimka­n hadiah istimewa.

 ??  ?? Zack Lee
Zack Lee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia