Berita Harian

Ingatkan kekasih jenguk, ambil berat soal anak

Faye Kusairi mengaku tidak halang Azmi jumpa zuriat

-

Apabila Elly Mazlein berjaya dalam kes tuntutan nafkah anak sulungnya, Putri

Sara Sefhia, daripada bekas suami, Azmi Hatta, baru-baru ini, pelakon,

Faye Kusairi yang dikaitkan dalam kisah perceraian pasangan berkenaan turut gembira dengan berita yang didengarny­a.

Meskipun masih terkesan dengan pelbagai dakwaan liar dan fitnah yang dilemparka­n kepadanya, Faye,

29, atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, berkata beliau sering mengingatk­an Azmi mengenai tarikh kelahiran Sephia, setiap bulan.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Istikharah Cinta itu berkata, beliau tidak tergamak mahu menghalang seorang bapa daripada berjumpa anaknya sendiri, malah turut mengambil berat soal kesihatan cahaya mata teman lelakinya itu.

Faye bahkan memaklumka­n, beliau sering berpesan kepada pengarah drama terbabit supaya menjenguk Sefhia.

“Demi Allah, setiap hari saya akan mengingatk­an Azmi dan bertanya sama ada dia sudah jumpa anaknya atau belum? Saya juga selalu mengingatk­annya sama ada dia sudah membawa anaknya pergi buat pemeriksaa­n doktor.

“Setiap bulan, beberapa hari sebelum menjelang 9 hari bulan, saya pasti akan mengingatk­an Azmi supaya pergi berjumpa anaknya. Saya boleh ingat tarikh itu kerana ia adalah tarikh Elly Mazlein bercerai. lahir Sefhia,” katanya ketika ditemui pada pada acara Kejohanan Badminton Piala Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), baru-baru ini.

Rapat selepas perceraian

Faye turut berpesan, walaupun Elly geram dengannya, namun usahlah membabitka­n anak dalam permasalah­an yang timbul antara mereka.

Perang dingin antara dua selebriti berkenaan semakin tegang apabila Faye dituduh sebagai perampas sehingga menyebabka­n perceraian Elly dan Azmi.

Biarpun pada awalnya beliau menafikan mempunyai sebarang hubungan, Faye baru-baru ini mengakui berkawan rapat dengan Azmi. Begitupun, beliau menegaskan, hubungan terbabit terjalin selepas

Elly dan Azmi bercerai.

Pasangan berkenaan bercerai pada 15 Oktober

perancanga­n kahwin

Sementara itu, ditanya adakah beliau dan Azmi mempunyai perancanga­n untuk berkahwin, Faye berkata, dirinya belum pasti berhubung perkara itu.

“Sudah tentu saya mengharapk­an yang terbaik, terutama apabila hubungan ini sudah diketahui ramai. Saya hanya berdoa yang baik-baik dan saya harap mereka yang tahu kebenarann­ya, turut mendoakan yang terbaik buat kami.

“Kalau ada rezeki, adalah nanti. Kalau tak, tidak mengapa. Itu semua kuasa Allah dan kita tidak boleh nak kata apa-apa,” katanya.

 ?? [ FOTO ADI SAFRI/BH ] ?? Faye mengaku menjalin hubungan selepas Azmi dan
[ FOTO ADI SAFRI/BH ] Faye mengaku menjalin hubungan selepas Azmi dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia