Berita Harian

Pelakon Pakistan pikat hati Erma

-

Demi memastikan teater muzikal terbitan dan arahannya, mampu memikat hati penonton, Erma Fatima, sanggup melamar pelakon dari Pakistan untuk membintang­i teater berkenaan walaupun menyedari keputusann­ya itu bakal menimbulka­n perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.

Mana tidaknya, dalam ramai-ramai pelakon lelaki di Malaysia, mengapa jejaka bernama Saim Ali itu yang menjadi pilihan beliau? Apakah tidak ada pelakon tempatan lain yang boleh membawakan watak pemuda India dalam muzikal berkenaan? Seperti sudah bersedia dengan soalan sedemikian, tanpa berselindu­ng Erma berkata, rupa menjadi faktor utama mengapa beliau memilih pelakon dan model terbabit untuk membintang­i teater muzikal itu.

“Saya harus jujur, wajahnya yang kacak mampu menarik penonton untuk datang ke Istana Budaya. Bagi saya, Saim mempunyai pakej yang lengkap. Selain memiliki wajah tampan, dia juga boleh berlakon dan menari dengan baik. Sebagai teater muzikal Bollywood, Mak Cun D’walei memang memerlukan pelakonnya menari,” katanya ketika ditemui pada sidang media teater berkenaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Soal mutu diutamakan

Hadir sama, barisan pelakon teater berkenaan iaitu Datuk Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Amy Search, Abam Bocey, Balkisyh Semundur Khan dan Nadia Brian.

Walaupun tertarik dengan penampilan fizikal pelakon berkenaan, namun menurut Erma, ia bukan bermakna beliau mengambil mudah soal kualiti.

“Sebelum membuat pilihan, saya melakukan carian di Google terlebih dulu untuk meneliti pelakon yang sesuai. Selepas melihat dia berlakon dan menari, barulah saya menghubung­i rakan Pengarah filem

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Amy Search
Amy Search
 ??  ?? Abam
Abam
 ??  ?? Edry Abdul Halim.
Edry Abdul Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia