Berita Harian

Gembira dapat sunting Amy

-

Sementara itu, mengulas penampilan sulung Amy dalam pementasan muzikal, Erma mengaku sangat bertuah kerana usaha untuk mendapatka­n vokalis kumpulan rock terkenal itu bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya kena pujuk isteri Amy untuk membenarka­n suaminya berlakon dalam muzikal ini. Amy akan membawakan watak sebagai artis yang berniaga dalam pementasan ini. Saya juga akan berduet dengan Amy. Selebihnya kena tonton sendiri,” cerita Erma separuh berahsia.

Mengenai judul muzikal yang kedengaran seperti sebuah filem terkenal Bollywood, Erma berkata, penggunaan perkataan D’walei itu membawa maksud berjiwa besar dan sangat bersesuaia­n dengan sifat Mak Cun itu sendiri.

Abam bakal menari

Muzikal Mak Cun D’walei turut menjadi pentas untuk menguji Abam sebagai seorang pelakon teater.

Kata pemegang trofi Pelakon Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini, watak sebagai pemuda India bernama Manoj benar-benar memberikan cabaran buatnya.

“Walaupun sebelum ini saya pernah beraksi di Istana Budaya, tetapi ia tetap berbeza dengan pementasan muzikal. Lebih mencabar apabila saya kena menari. Dalam menari pula, kita kena ikut pergerakan seperti yang dirancang. Memang susah jugalah apabila kena menari kerana ia memerlukan stamina yang tinggi.

“Mengenai watak Manoj, walaupun berbangsa India, tetapi saya tidaklah bercakap dalam bahasa Hindustan. Saya akan bertutur dalam bahasa Melayu kerana watak saya digambarka­n sebagai seseorang yang pernah tinggal di Malaysia sebelum ini. Justeru, sedikit sebanyak saya fasih dalam bahasa Melayu,” cerita Abam.

 ??  ??
 ??  ?? Aksi Erma dan Balkisyh dalam drama Mak Cun.
Aksi Erma dan Balkisyh dalam drama Mak Cun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia