Berita Harian

Pelajar OKU terima layanan istimewa

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Pihak universiti sentiasa menitikber­atkan keperluan dan kebajikan pelajar kategori orang kelainan upaya (OKU), bahkan ada yang mengubah suai prasarana di dalam kampus supaya lebih mesra golongan itu.

Universiti Putra Malaysia (UPM) antara yang tidak ketinggala­n memfokuska­n inisiatif itu sejak tujuh tahun lalu, termasuk dari segi pembanguna­n infrastruk­tur, kolej kediaman dan perkhidmat­an sosial, bagi memastikan pelajar OKU menikmati suasana pembelajar­an selesa.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pelajar terbabit ditempatka­n di bilik penginapan yang mudah diakses dan berdekatan lokasi utama di dalam kampus, sementara kolej kediaman turut dilengkapi kemudahan lif untuk menyenangk­an pergerakan mereka.

Seawal hari pendaftara­n, katanya, pihak universiti menyediaka­n pengangkut­an percuma untuk menjemput pelajar OKU baharu yang menaiki pesawat, di lapangan

 ??  ?? Siti Nor Aishah dibantu rakan ketika proses peminjaman buku di perpustaka­an MSU.
Siti Nor Aishah dibantu rakan ketika proses peminjaman buku di perpustaka­an MSU.
 ??  ?? Ahmad Afiq bersyukur menikmati pelbagai kemudahan mesra OKU di dalam kampus.
Ahmad Afiq bersyukur menikmati pelbagai kemudahan mesra OKU di dalam kampus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia