Berita Harian

Tawar program kesihatan bertaraf dunia

- Oleh Nor Azma Laila

Asia Tenggara Sekolah Perubatan Harvard (HMS SEAL) direka khusus untuk membantu golongan itu menajamkan lagi kemahiran dalam usaha memastikan perkhidmat­an diberi adalah paling selamat, sesuai dan berkualiti tinggi seiring ekosistem penjagaan kesihatan yang kian kompleks.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan

Sri Dr Jeffrey Cheah, berkata program setahun ditawarkan secara separuh masa itu akan dikendalik­an oleh ahli akademik terkemuka dari Sekolah Perubatan Harvard bersama sokongan tenaga pakar dari Sunway.

Kualiti tertinggi

“Program ini bertujuan melengkapi pengurus dan doktor dalam industri penjagaan kesihatan semakin mencabar kini, khususnya di hospital utama, dengan pengetahua­n untuk menjadi pemimpin cemerlang yang mampu mencapai standard kualiti tertinggi penyampaia­n khidmat itu,” katanya.

Pemeteraia­n perjanjian itu disempurna­kan oleh Naib Canselor Universiti Sunway, Prof Graeme Wilkinson; Pengarah Urusan Sunway Group Healthcare Services,

Lau Beng Long; dan Pengarah Eksekutif Pejabat Pendidikan

Global, Sekolah Perubatan Harvard, Robin Wheatley.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri

Dr S Subramania­m, dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr

Noor Hisham Abdullah.

Dr Jeffrey Cheah berkata, kerjasama dengan Sekolah Perubatan Harvard akan turut melonjakka­n Sunway untuk menjadi pusat kecemerlan­gan dan hab penjagaan kesihatan serantau, sekali gus memberi manfaat kepada golongan profesiona­l.

Biasiswa RM1 juta

Dalam pada itu, Universiti Sunway bersama Pusat Perubatan Sunway memberikan komitmen penawaran biasiswa RM1 juta kepada profesiona­l berkelayak­an dan terpilih daripada 100 peserta diambil setiap tahun.

Sementara itu, Wheatley berkata, pihaknya sangat berbesar hati atas sokongan penuh Kumpulan Sunway terhadap pelaksanaa­n program HMS SEAL dan komitmen menyediaka­n biasiswa berkenaan.

“Kerjasama sebegini selari misi global Harvard. Program ini akan membolehka­n kami membantu pemimpin bidang penjagaan kesihatan menghadapi cabaran semakin besar dalam industri dan meningkatk­an standard penyampaia­n perkhidmat­an itu,” katanya.

 ??  ?? (Dari kiri) Dr Jeffrey Cheah, Dr Subramania­m, Prof Wilkinson, Wheatley, Beng Long dan Dr Noor Hisham pada majlis pemeteraia­n perjanjian.
(Dari kiri) Dr Jeffrey Cheah, Dr Subramania­m, Prof Wilkinson, Wheatley, Beng Long dan Dr Noor Hisham pada majlis pemeteraia­n perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia