Berita Harian

Sistem imun badan

-

Terdiri daripada komponen sel dendritik, sel makrofaj, sel pembunuh semula jadi dan sistem komplemen.

Sel dendritik berkuranga­n apabila usia meningkat.

Makrofaj berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorgan­isma di dalam sel.

Sel pembunuh semula jadi akan membunuh sel tertentu dengan spontan dan menjadi ‘tuan rumah’ sistem imun terhadap pelbagai tumor serta infeksi. Fungsi sel ini tidak berubah mengikut umur.

Sistem komplemen terdiri daripada plasma protein yang penting dalam daya tahan semula jadi badan. Warga emas yang sihat mempunyai paras komponen komplemen sedikit rendah berbanding orang lebih muda. Paras komplemen akan meningkat dengan tinggi dalam badan orang muda jika berlaku jangkitan kuman, namun tidak sedemikian bagi warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia