Berita Harian

Bantu penghidap HIV, kanser hindari sakit orang tua

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Masalah pesakit kanser dan penghidap HIV berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun mengalami gejala kesihatan yang lazimnya dihadapi warga emas, mendorong Dr Reena Rajasuriar, 39, melakukan kajian terperinci merangkumi aspek sistem imun badan mereka.

Saintis yang juga pensyarah Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) itu berkata, kajian terbabit memfokus kepada usaha menemukan kaedah membantu golongan berkenaan supaya tidak ditimpa penyakit warga emas pada usia lebih muda.

Sambil menjelaska­n kajian itu dijalankan sejak tiga tahun lalu bersama sepasukan tenaga pakar dalam bidang kanser, HIV dan warga emas, beliau berkata pada kebiasaan, pesakit kanser serta penghidap HIV turut berisiko mengalami penyakit orang tua seperti masalah jantung serta kencing manis.

Kenal pasti faktor

“Penyakit berkenaan adalah normal dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas dan bukan mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

“Apabila mendengar rintihan pesakit kanser dan penghidap HIV dibelenggu masalah kesihatan itu, saya terpanggil untuk melakukan kajian dan berusaha menemukan kaedah bersesuaia­n yang dapat mengurangk­an risiko mereka mendapat penyakit orang tua,” katanya.

Dalam konteks ini, Dr Reena berkata, beliau bersama pasukan penyelidik berkenaan mahu mengenal pasti faktor permasalah­an itu, termasuk kemungkina­n ada virus selain HIV yang mempengaru­hi tekanan pada sistem imun golongan terbabit.

Kaedah terbaik

“Input diperoleh hasil kerjasama penyelidik dalam tiga bidang kepakaran terbabit diharap mampu menemukan kaedah terbaik mengurangk­an kesengsara­an pesakit kanser dan penghidap HIV,” katanya.

Terbaru, inisiatif penyelidik­an Dr Reena itu turut menyaksika­n pemilihann­ya sebagai seorang daripada tiga penerima Anugerah L’OREAL-UNESCO For Women in Science 2016.

Sambil menyifatka­n penganuger­ahan itu mampu menyuntik publisiti meluas kepada projek dijalankan, beliau berharap kajian berkenaan turut menerima pengiktira­fan hingga peringkat antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Reena berusaha menemukaka­n kaedah mengurangk­an risiko pesakit kanser dan penghidap HIV mendapat penyakit orang tua.
Dr Reena berusaha menemukaka­n kaedah mengurangk­an risiko pesakit kanser dan penghidap HIV mendapat penyakit orang tua.
 ??  ?? Dr Reena bersama Anugerah L’OREAL-UNESCO For Women in Science 2016 yang diterima, baru-baru ini.
Dr Reena bersama Anugerah L’OREAL-UNESCO For Women in Science 2016 yang diterima, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia