Berita Harian

Kasut sukan, sneakers dapat sambutan hangat

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Sambutan hangat pengguna terhadap aliran fesyen kasut sukan dan sneakers dalam pasaran semasa, menyumbang­kan rezeki kepada Syed Mohamad Kamal Rizuan Syed Omar, 19, sehingga mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Bermula sebagai ejen ‘dropship’ untuk produk kasut sneakers pada tahun lalu, pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklana­n di Kolej Komuniti (KK) Paya Besar itu kini menjalanka­n perniagaan sendiri melalui jualan dalam talian.

Beliau menggunaka­n hasil tabungan pendapatan menjadi ejen ‘dropship’ sebagai modal permulaan untuk memperoleh stok kasut sukan dan sneakers dari China, seiring perkembang­an industri fesyen yang menyaksika­n semakin ramai anak muda gemar bergaya dengan produk berkenaan.

“Saya akan meneliti dahulu keadaan kasut terbabit sebelum membeli stok secara pukal dan kemudian menjualnya melalui dalam talian. Saya memanfaatk­an aplikasi laman sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Wechat untuk tujuan promosi.

Atur jadual

“Alhamdulil­lah, maklum balas pembeli sangat baik, malah ada yang membuat tempahan berulang kali. Pada kebiasaan, saya menerima antara lima hingga tujuh tempahan sehari,” katanya ketika dihubungi.

Bagi memastikan aktiviti berniaga tidak menjejaska­n tumpuannya terhadap pengajian dan kokurikulu­m di kampus, Syed Mohamad Kamal Rizuan mengatur jadual pembahagia­n masa seimbang.

“Saya akan menyiapkan tugasan sebagai pelajar terlebih dahulu sebelum memikirkan urusan perniagaan, dan hanya menghantar kasut tempahan pelanggan pada masa lapang.

“Secara peribadi, pembabitan dalam bidang perniagaan memberikan banyak pengalaman berguna, termasuk mendidik saya berdisipli­n dan memanfaatk­an masa sebaik mungkin,” katanya.

 ??  ?? sneakers melengkapi fesyen anak muda sekarang.
sneakers melengkapi fesyen anak muda sekarang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara koleksi kasut jualan Syed Mohamad Kamal Rizuan.
Antara koleksi kasut jualan Syed Mohamad Kamal Rizuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia