Berita Harian

MSU anjur bengkel pendidikan farmasi

-

Shah Alam: Management & Science University (MSU) melalui Sekolah Farmasi menganjurk­an Bengkel Pendidikan Farmasi Asia Pasifik

Ke-6 selama tiga hari bermula hari ini.

Program berlangsun­g di Performing Arts Theatre, MSU di sini itu memberi tumpuan kepada peranan pendidikan farmasi dalam pembentuka­n integrasi ASEAN melalui kerjasama serantau.

Bengkel itu menghimpun­kan profesiona­l akademik dan bukan akademik (hospital, industri, pembuat dasar dan komuniti) yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam pembanguna­n serta kajian semula kurikulum pengajian farmasi pada peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.

Bertemakan ‘Pendidikan Farmasi Dalam Era AFTA (Kawasan Perdaganga­n Bebas ASEAN)’, program itu dijayakan peserta dari negara rantau Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, e-mel ke alamat: pharmedwor­kshop@ msu.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia