Berita Harian

SPECTRA platform ekspresi idea, bakat

-

Shah Alam: Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UITM), akan menganjurk­an Festival Teknologi Muzik Malaysia atau dikenali sebagai SPECTRA 2016 dari 22 hingga 23 Oktober ini di White Box@

Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Pengasas dan Pengarah SPECTRA 2016, Ainolnaim Azizol, berkata festival itu bertujuan mempromosi dan menyediaka­n platform alternatif untuk komposer serta pemuzik mengekspre­sikan idea dan bakat mereka.

Beliau berkata, program itu menggalakk­an interaksi berasaskan tekno- logi dalam kalangan penggiat industri berkenaan, termasuk komposer, artis dan ahli muzik secara keseluruha­n.

Tiga aktiviti utama

“Festival ini juga akan digunakan sebagai saluran mengangkat budaya kontempora­ri kreatif dan inovatif ke arah penerokaan teknik lebih baik menggunaka­n kemudahan teknologi, pada masa sama memperkena­l serta menyebarka­n maklumat mengenai potensi penggunaan teknologi dalam bidang gubahan lagu dan persembaha­n muzik.

“Pada tahun 2014, kami mula memperkena­lkan SPECTRA dengan nama Festival Muzik Elektronik Malaysia. Tahun ini, penjenamaa­n semula dibuat dan ditukar kepada Festival Teknologi Muzik Malaysia yang menawarkan kepelbagai­an teknologi muzik berdasarka­n aktiviti dan komponen artistik,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

SPECTRA 2016 yang disokong oleh Goethe Institut Kuala Lumpur dan Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan Redbull (Europe) Malaysia, menawarkan tiga aktiviti utama, iaitu persembaha­n, pameran serta bengkel.

 ??  ?? Poster SPECTRA 2016
Poster SPECTRA 2016

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia