Berita Harian

Rezeki gemar bersolek sejak kecil

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

Selepas menamatkan pengajian diploma, Nur Shazreen Syafiqa Mohd Shakir, 23, bekerja sebagai staf pengurusan di sebuah syarikat di ibu kota dengan hanya menerima gaji cukup makan RM1,400 sebulan menyebabka­nnya tiada wang simpanan langsung.

Lebih memeritkan pada suatu ketika, beliau menghadapi krisis kewangan apabila banyak barangan peribadi bersilih ganti rosak sehingga hatinya terdetik mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung keperluan.

Berbekalka­n kecekalan dan kesabaran, beliau mengorak langkah berniaga sambilan dengan menjual kosmetik jenama sendiri ‘Zeeka Beauty’ yang memberi pulangan lumayan RM6,000 keuntungan pada bulan pertama.

Ekoran itu, beliau nekad berhenti kerja tanpa gentar berdepan risiko kerana percaya dirinya berupaya memperoleh keuntungan lebih besar jika memfokus sepenuh perhatian menjalanka­n perniagaan berkenaan.

“Alhamdulil­lah berkat kesungguha­n usaha, sokongan ahli keluarga dan juga bimbingan suami, saya pernah meraih hasil mencecah RM100,000 sebulan.

“Purata pendapatan setiap bulan pula ialah antara RM20,000 hingga RM30,000," katanya.

Secara rahsia

Bidang perniagaan diceburi ternyata seiring kegemaran Nur Shazreen Syafiqa bertataria­s untuk kelihatan cantik sejak kecil, malah pernah menggunaka­n alat solek ibunya secara rahsia.

Ketika bergelar pelajar Diploma Sains Kesetiausa­haan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, anak sulung daripada empat adik-beradik yang berasal dari Pulau Pinang itu mendaftark­an diri sebagai ejen jualan produk kecantikan.

“Waktu itu, saya menjual produk kecantikan (bukan jenama Zeeka Beauty) kepada rakan dan menerusi laman sosial,” katanya.

Buka peluang niaga

Kini biarpun baru setahun jagung berkecimpu­ng sepenuh masa dalam dunia keusahawan­an, Nur Shazreen Syafiqa sudah mampu membantu masyarakat sekitar dengan turut membuka peluang untuk mereka berniaga.

“Saya membuka ruang kepada individu yang ingin menjadi ejen jualan sama ada menggunaka­n modal rendah atau berkonsep untung atas angin jika tiada sumber kewangan, supaya mereka dapat menjana pendapatan sendiri.

“Setakat ini, saya ada hampir 200 ejen jualan di beberapa negeri dan berharap dapat membantu lebih ramai individu, terutama suri rumah serta pelajar untuk mencari rezeki,” katanya.

 ??  ?? Perniagaan diusahakan Nur Shazreen Syafiqa turut membantu ramai ejen jualan menjana pendapatan sendiri.
Perniagaan diusahakan Nur Shazreen Syafiqa turut membantu ramai ejen jualan menjana pendapatan sendiri.
 ??  ?? Meraikan kejayaan menamatkan pengajian pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Meraikan kejayaan menamatkan pengajian pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
 ??  ?? Detik melangkah ke alam rumah tangga bersama insan tercinta.
Detik melangkah ke alam rumah tangga bersama insan tercinta.
 ??  ?? Antara produk Zeeka Beauty yang berada dalam pasaran.
Antara produk Zeeka Beauty yang berada dalam pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia