Berita Harian

Industri kreatif bantu ringankan beban kewangan

-

Kebelakang­an ini, sindiket pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kembali aktif di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk di universiti awam (UA) dengan menyasar pelajar kemasukan baharu sebagai mangsa penipuan.

Ini menimbulka­n kebimbanga­n bukan sahaja dalam kalangan rakan pelajar tetapi juga pensyarah dan pihak pentadbira­n universiti.

Sindiket yang memanipula­si kenaifan pelajar baharu ini merupakan tindakan tidak bertanggun­gjawab dan berperikem­anusiaan kerana hanya mementingk­an keuntungan sehingga tergamak menggadai masa depan generasi pelapis pemimpin negara.

Apa yang membimbang­kan, sindiket ini menipu dan memaksa pelajar melabur beribu-ribu ringgit untuk dijadikan modal pelaburan dengan menjanjika­n bulan dan bintang sehingga ada yang meminjam daripada kawan dan keluarga.

Belajar berniaga

Walaupun sudah diberi amaran mengenai bahaya skim cepat kaya, kita harus akui bahawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia