Berita Harian

UTEM hulur sumbangan bantu pelajar Malaysia di Mesir

-

Kuala Lumpur: Prihatin dengan nasib yang menimpa pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan dengan masalah kewangan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) menghulurk­an bantuan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia yang dilancarka­n, baru-baru ini.

Naib Canselor UTEM,

Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata tabung berkenaan adalah inisiatif Kementeria­n Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) bagi membantu pelajar yang miskin dan cemerlang di Mesir, khususnya dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Katanya, sebagai universiti awam, UTEM berasa terpanggil dan terkesan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar di sana yang berdepan risiko disingkirk­an daripada universiti kerana gagal menjelaska­n yuran pengajian berjumlah RM33,000 setahun.

Kurang mampu

“Bantuan ini juga adalah sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) universiti dalam membantu pihak kerajaan menyelesai­kan masalah pelajar terutamany­a pelajar cemerlang daripada keluarga yang kurang mampu.

“Bantuan yang diberikan adalah sumbangan daripada anak syarikat dan badan kebajikan universiti iaitu Utemholdin­gs Sdn Bhd, Neraca Niaga Sdn Bhd, Badan Kebajikan

Staf UTEM (BAKUTEM) dan Tabung Amal Jariah UTEM,” katanya.

Tabung yang dilancarka­n Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, pada 7 Oktober lalu berjaya mengutip RM4 juta pada hari sama.

Bantuan itu susulan pendedahan BH mengenai keadaan 150 pelajar Malaysia di Mesir yang gagal membayar yuran pengajian antara satu hingga dua tahun yang berjumlah kira-kira RM4.5 juta.

Pendedahan pada 15 September lalu membawa kepada tindakan pihak kementeria­n yang menghantar delegasi bagi mendapatka­n maklumat lebih terperinci.

 ??  ?? Shahrin (kanan) menyerahka­n replika cek kepada Idris
Shahrin (kanan) menyerahka­n replika cek kepada Idris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia