Berita Harian

UNIMAP juarai woodball

- Oleh Ainiulniza Mohd Yusof

Pasukan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) mencatat kejayaan cemerlang apabila menjuarai kategori individu dan berpasukan wanita serta berpasukan lelaki pada Kejohanan Woodball Terbuka UNIMAP 2016, baru-baru ini.

Bagi kategori individu wanita, UNIMAP yang diwakili Rosmawati Abidin muncul juara apabila mencatat 63 pukulan manakala bagi kategori berpasukan wanita, UNIMAP mencatat 294 pukulan untuk menewaskan pasukan Majlis Perbandara­n Kangar (MPK) serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis (PERALIS).

Bagi kategori berpasukan lelaki pula, pasukan UNIMAP A mencatatka­n 266 pukulan sekali gus menewaskan pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS).

Naib Canselor UNIMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh UNIMAP, sekali gus membuktika­n sukan itu mampu menarik minat golongan muda.

Cungkil bakat

“Saya percaya perkembang­an positif ini bakal menyaksika­n lebih banyak bakat dapat dicungkil dalam kalangan generasi muda sekali gus meningkatk­an kualiti penganjura­n pertanding­an di UNIMAP mahupun di negara ini.

“Sebagai universiti yang pernah menganjurk­an kejohanan woodball di peringkat ASEAN dan dunia, saya berharap lebih banyak penyertaan pasukan pada masa akan datang daripada jabatan kerajaan dan sektor swasta sama ada di negeri ini mahupun luar,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Hadiah dan Penutup kejohanan itu di Auditorium Perpustaka­an Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini, baru-baru ini.

Berkenan berangkat hadir merasmikan upacara penutup kejohanan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan selama empat hari berakhir 25 September lalu itu ialah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, Pahang dan Universiti Teknologi MARA (UITM), Perlis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia