Berita Harian

PMM ungguli Piala Ketua Menteri Melaka

-

Merlimau: Pasukan ragbi Politeknik Merlimau (PMM), PMM Hornets A muncul johan dua tahun berturuttu­rut dalam Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Sukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Melaka bagi merebut Piala Ketua Menteri Melaka selepas menewaskan Akademi Laut Melaka (ALAM) pada perlawanan akhir.

Jurulatih ragbi PMM, Mohd Shafie Osman, berkata sebelum itu pada pertanding­an peringkat separuh akhir, PMM Hornets A membenam cabaran Kolej Profesiona­l MARA (KPM) Ayer Molek A manakala ALAM menewaskan

PMM Hornets B dengan kemenangan tipis 7-0

Katanya, pada perlawanan akhir itu, PMM Hornets A menguasai permainan sejak awal dengan melakukan empat try dan satu conversion untuk mencatat kemenangan 22-0.

Kejohanan tahunan

“Hasil kejayaan ini membolehka­n PMM Hornets A membawa pulang piala iringan, pingat dan wang tunai RM500 manakala PMM Hornet B mengubati kedukaan dengan memenangi perlawanan merebut tempat ketiga selepas menewaskan KPM Ayer Molek dengan keputusan 15-0.

“Keputusan lain menyaksika­n Universiti Multimedia (MMU) Melaka mengunggul­i kategori Plate dengan kemenangan 13-0 ke atas Universiti Teknologi MARA (UITM) Lendu manakala PMM Hornet C memenangi kategori Bowl menundukka­n cabaran KPM Bandar Melaka dengan kemenangan 19-0,” katanya.

Kejohanan tahunan anjuran Unit IPT, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan dikelolaka­n oleh PMM itu disertai 16 pasukan ragbi IPT seluruh Melaka.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah PMM, Zolkarnain Jobshi. Yang turut hadir ialah, Penolong Pengurus Unit IPT, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Roslan Abu Samah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia