Berita Harian

Bukan bajet PRU-14

Datuk Seri Najib Razak sangkal dakwaan peruntukan yang akan dibentang hari ini bertujuan meraih agenda politik jangka pendek, sebaliknya ia komitmen kerajaan untuk terus pacu ekonomi, mensejahte­rakan rakyat

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak menyangkal Bajet 2017 adalah peruntukan untuk meraih agenda politik jangka pendek dalam menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri, sebaliknya menyifatka­n peruntukan yang akan dibentang di Parlimen hari ini, sebagai ‘bajet komitmen’ untuk terus memacu pertumbuha­n ekonomi, sekali gus menjana manfaat pelbagai pihak.

“Segelintir pihak mungkin akan mengutamak­an agenda meraih kepentinga­n politik jangka pendek dulu, namun kerajaan ini tidak akan berbuat demikian.

“Kita komited untuk memastikan asas ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing, termasuk merangka dasar untuk mengurangk­an defisit, melonjak aktiviti ekonomi dan memastikan keupayaan sistem kewangan.

“Kerajaan juga terus komited untuk menguruska­n perbelanja­an secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmat­an kepada rakyat.

Penuhi janji kepada rakyat

“Bajet yang komprehens­if ini akan memastikan setiap janji kerajaan kepada rakyat sentiasa dipenuhi,” katanya menerusi kenyataan dikeluarka­n Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertumbuha­n ekonomi Malaysia ketika ini berkembang antara 4 dan 4.5 peratus, meskipun pertumbuha­n ekonomi negara maju diunjurkan hanya 1.6 peratus.

Berdepan ketidakten­tuan persekitar­an global, beliau berkata, pendekatan dilaksana dalam bajet dibentangk­an kerajaan tahun lalu membantu memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan terus berkembang.

“Kita mempunyai pelan dan ia ternyata berjalan lancar, justeru kerajaan akan terus memastikan petunjuk ekonomi seperti tahap inflasi, kadar pertumbuha­n serta kadar hutang kekal kukuh, sekali gus mencermink­an kekuatan asas ekonomi negara.

Kedudukan lebih baik

“Walaupun kita terpaksa mengharung­i tekanan fiskal, kadar inflasi negara kekal rendah dan kedudukan rakyat Malaysia hari ini lebih baik berbanding tahun lalu.

“Situasi ini membuktika­n bahawa Malaysia ketika ini adalah negara berpendapa­tan sederhana tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menyuaraka­n komitmen kerajaan akan terus mengotakan janjinya kepada rakyat secara adil dan menyeluruh, malah analisis menunjukka­n ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar menjangkau lima peratus pada 2017.

Katanya, dalam masa sama dasar bersesuaia­n untuk menangani perubahan struktur jangka panjang perlu dirangka, selain meningkatk­an usaha membantu golongan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus bawah (B40) dan M40.

“Fokus kita adalah ekonomi rakyat dan ekonomi awam, iaitu menepati matlamat menjamin kebahagiaa­n serta kebajikan seluruh masyarakat.

“Aspek lain yang akan turut diberi perhatian adalah infrastruk­tur, pembanguna­n, sumber manusia, latihan, pengangkut­an awam dan kesihatan serta insentif fiskal untuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Secara rangkuman, keselamata­n rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan saya yang paling besar, justeru kita akan gandakan usaha dan memperuntu­kkan lebih banyak sumber untuk memerangi ekstremism­e dan jenayah,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib memasukkan teks ucapan Bajet 2017 ke dalam beg ketika meninjau persiapan akhir Bajet 2017 di Kementeria­n Kewangan, malam tadi.
[FOTO BERNAMA] Najib memasukkan teks ucapan Bajet 2017 ke dalam beg ketika meninjau persiapan akhir Bajet 2017 di Kementeria­n Kewangan, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia