Berita Harian

IJN perintis pembedahan guna polimer di Asia Pasifik

Alat bantu kanak-kanak tiada saluran darah, sempit

- Oleh Haryani Ngah

Institut Jantung Negara (IJN) mencipta sejarah apabila menjadi pusat jantung pertama di Asia Pasifik, melakukan pembedahan menggunaka­n teknologi Peranti Injap Saluran Pulmanori Boleh Serap ke atas tiga pesakit jantung kongenital kanak-kanak.

Peranti berkenaan yang dibuat berasaskan polimer itu dibangunka­n oleh syarikat Xeltis dari Switzerlan­d bagi membantu kanak-kanak yang tidak mempunyai saluran darah atau saluran darah sempit.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, berkata peranti itu sesuai untuk kanak-kanak berusia dua hingga usia dewasa 22 tahun yang mengalami masalah ketiadaan saluran darah atau saluran darah sempit.

“Peranti yang dibuat daripada polimer ini bersaiz antara 16 milimeter hingga 18 milimeter diameter. Ia disambung pada jantung dan berperanan menyalur darah dari jantung kanan ke paruparu.

Bantu badan bina tisu

“Peranti ini boleh diserap oleh badan sebelum membantu badan membina tisu sendiri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Teknologi baharu itu memberi lebih banyak kelebihan berbanding penggunaan cara rawatan sebelum ini yang menggunaka­n tisu daripada manusia yang sudah meninggal dan tisu daripada haiwan seperti lembu.

Dr Mohd Azhari berkata, masalah yang dihadapi dengan menggunaka­n tisu manusia ialah kesukaran mendapatka­n saiz tisu

 ?? [FOTO SHIRAZ ALI/BH] ?? Dr Mohd Azhari (duduk kanan) menunjukka­n penggunaan teknologi peranti injap saluran pulmanori boleh serap pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SHIRAZ ALI/BH] Dr Mohd Azhari (duduk kanan) menunjukka­n penggunaan teknologi peranti injap saluran pulmanori boleh serap pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia