Berita Harian

Timbalan Pengarah JKR Sabah dilantik Pengarah JANS

-

Kota Kinabalu: Timbalan Pengarah (Operasi dan Senggara) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ir Willis Ansoi dilantik Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang baharu selepas penyandang jawatan itu digantung tugas kerana disiasat berhubung kes salah guna kuasa.

Pelantikan Willis,

58, diumumkan Setiausaha Kerajaan

Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

“Surat pelantikan beliau (Willis) ke JANS sudah dikeluarka­n dan beliau akan memulakan tugas secara rasmi mulai esok (hari ini),” katanya.

Terima surat pelantikan (gambar),

Sementara itu, Willis ketika dihubungi, berkata beliau menerima surat pelantikan itu pagi semalam.

“Dalam surat itu, saya diminta melapor diri secepat mungkin dan saya bercadang untuk datang ke pejabat esok (hari ini) atau minggu depan,” katanya.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Sukarti menjelaska­n bahawa pengarah sebelum ini digantung tugas berkuat kuasa 4 Oktober lalu selepas ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa agihan projek bernilai RM3.3 bilion.

Selain pengarah berusia 54 tahun itu, turut digantung tugas ialah timbalanny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia