Berita Harian

KL minta maklumat, data risikan Riyadh

Hishammudd­in temui rakan sejawat bulan depan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Malaysia akan mendapatka­n maklumat terkini daripada Arab Saudi berhubung serangan tentera bersekutu terhadap militan Daesh di Iraq dan Syria, selain berkongsi maklumat risikan.

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammad Salman Abdul Aziz, bulan depan.

“Kita juga akan mendapatka­n gambaran pergerakan militan itu yang dijangka pulang ke negara asal atau mendapatka­n perlindung­an di negara tertentu (berikutan serangan itu),” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Isnin lalu, operasi ketenteraa­n bersekutu besar-besaran diketuai Amerika Syarikat (AS) memulakan serangan ke kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq dengan disertai beberapa negara seperti Turki dan Perancis.

Perlu tindakan proaktif

Hishammudd­in berkata, beliau juga sempat berbual melalui telefon dengan Putera Mohammad Salman, kelmarin dan mengambil kesempatan itu untuk mendapatka­n perkembang­an di Asia Barat.

“Serangan tentera bersekutu di Syria dan Iraq memerlukan tindakan proaktif daripada Malaysia melalui maklumat terkini berkaitan pergerakan militan di Mosul serta situsi di Aleppo, Syria.

“Pada peringkat ASEAN, kita perlu lihat beberapa lokasi panas dan fokus Malaysia ketika ini ialah di Laut Sulu berikutan militan Abu Sayyaf berbaiah untuk menyokong Daesh dan mewujudkan wilayah khalifah Islam di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata, Malaysia menjalin kerjasama risikan dan pertukaran maklumat dengan pelbagai negara, termasuk kuasa besar dunia dalam usaha menangani kumpulan militan Daesh.

Katanya, Malaysia juga perlu mempelajar­i pengalaman negara asing menangani ancaman militan ‘lone wolf’ (secara sendirian).

“Perkongsia­n maklumat dan risikan (dengan negara asing) perlu diperkukuh­kan. Kita juga pastikan pengalaman yang mereka lalui, dikongsi. Apa saja maklumat yang mereka terima termasuk rakyat kita yang berada di Syria dan Iraq, akan dikongsi.

“Ini pengajaran yang kita lalui dalam tempoh tiga tahun ini. Negara besar seperti Perancis, United Kingdom (UK) dan Jerman, mereka ( juga) tidak boleh keseoranga­n hadapi ancaman Daesh,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (Bn-labuan) di Dewan Rakyat.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Hishammudd­in ditemani Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi (kanan) pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Hishammudd­in ditemani Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi (kanan) pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia