Berita Harian

SKMM sekat 36 laman web sebar ideologi Daesh

-

Sungai Petani: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 36 laman web dalam pelbagai bahasa yang disahkan terbabit secara aktif dalam penyebaran ideologi militan Daesh.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata sekatan ke atas laman web berbahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia itu membabitka­n 72 pautan internet, 12 akaun media sosial dan 29 kandungan video yang dipadamkan dengan kerjasama pengendali laman media sosial.

Katanya, selain siasatan susulan, pihaknya turut memberikan maklumat dan khidmat forensik digital kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kita sedia maklum Daesh adalah kumpulan yang mahir menggunaka­n media baharu dalam penyebaran propoganda, meraih sokongan dana, merekrut ahli baharu dan memutarbel­itkan tafsiran ayat al-quran.

“Ini jelas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa dalam menangani kumpulan pengganas dalam penggunaan teknologi maklumat dan aplikasi dalam talian seperti Telegram dan Whatsapp,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Ekstremism­e: Ancaman Militan Daesh di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikegana­san Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sementara itu, Ayob Khan berkata pihaknya bekerjasam­a erat dengan SKMM dalam menghadapi militan Daesh yang lebih memfokuska­n kepada merekrut dan menyebar dakyah melalui internet.

“Kita tidak mahu rakyat Malaysia terpengaru­h dengan golongan terbabit sehingga menjejaska­n keharmonia­n sedia ada dikecapi pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

137 individu ditahan disyaki terbabit kegiatan militan Daesh

Mereka merancang ke Syria dan Iraq, selain kembali dari dua negara itu dan juga pengumpul dana untuk Daesh

 ??  ?? Jailani Johari
Jailani Johari
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia