Berita Harian

Pesalah pedofilia mungkin dikenakan hukuman kasi

Kerajaan terbuka dengar pandangan pelbagai pihak

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rahman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Kembiri kimia adalah antara cadangan hukuman yang akan dipertimba­ngkan untuk diperkenal­kan oleh kerajaan ke atas pesalah pedofilia.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata kerajaan sentiasa terbuka dengan pelbagai cadangan dan pandangan bagi memastikan isu berkaitan wanita dan kanak-kanak dapat ditangani dengan baik.

“Saya yakin Jawatankua­sa Pasukan Khas Jenayah Seksual yang dipengerus­ikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sedang membincang­kan dengan teliti hukuman, terma dan garis panduan berkaitan dengan isu jenayah seksual ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (Pkr-bukit Katil) yang mahu mengetahui sama ada hukuman kembiri kimia boleh dilaksanak­an seperti di Indonesia.

Azizah berkata, kerajaan juga sentiasa prihatin dan terbuka mendengar pandangan pelbagai pihak mengenai jenayah seksual yang pernah menggempar­kan negara.

Beliau berkata, banyak usaha telah dan sedang diambil kerajaan untuk menangani jenayah berkenaan.

Malah, katanya, kerajaan pernah memaklumka­n kemungkina­n menggubal akta baharu khusus bagi jenayah seksual kanak-kanak atau meminda akta berkaitan jenayah sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak 1996, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Akta Keterangan 1950.

Malaysia pernah digemparka­n dengan isu pedofilia apabila seorang jurufoto bebas warga Britain, Richard Huckle, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di London pada 6 Jun lalu, kerana kesalahan pencabulan seksual ke atas 23 kanak-kanak di Malaysia serta bayi dan kanak-kanak di Kemboja dalam tempoh hampir satu dekad.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia