Berita Harian

Kok, Shabudin tikam lidah isu ‘jahat’

-

perbahasan Rang Undangunda­ng Perancanga­n Bandar dan Desa (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat, semalam, kecoh apabila Teresa Kok (Dapseputeh) menggelar Datuk Shabudin Yahya (Bn-tasek Gelugor) sebagai ‘ini yang jahat’.

Kok berkata demikian apabila Shabudin bangun bagi meminta izin untuk mendapatka­n penjelasan mengapa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak memaklumka­n kepada Kerajaan Persekutua­n terlebih dahulu apabila mahu membina terowong dasar laut.

Sebelum itu, Liang Teck Meng (Bn-simpang Renggam) turut meminta Kok menyatakan pendirian berhubung tindakan kerajaan Pulau Pinang itu yang tidak menjelaska­nnya dalam Jawatankua­sa Fizikal Negara.

Ia susulan tindakan Kok yang mendakwa Kerajaan Persekutua­n tidak memaklumka­n kepada kerajaan negeri terlebih dahulu jika hendak melaksanak­an projek pembanguna­n membabitka­n kawasan atau tanah milik negeri.

Berikut sebahagian pertikaman lidah di antara Kok dengan Shabudin.

Kok: Yang Berhormat (Teck Meng) dari Johor kan, Yang Berhormat tidak ada dalam Jawatankua­sa Pembanguna­n Fizikal Negara, mana tahu tidak diumumkan?

Shabudin: Yang Berhormat, saya dari Pulau Pinang, saya hendak penjelasan.

Kok: Ha ini yang jahat itu. Shabudin: Siapa yang jahat? Buktikan saya jahat. Tarik balik, tarik balik pertuduhan itu Yang Berhormat.

Tarik balik kata-kata

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee kemudian mengingatk­an Kok berkali-kali supaya tidak memanggil manamana Ahli Parlimen dengan perkataan jahat dan mengarahka­nnya menarik balik kata-katanya itu.

“Tarik balik perkataan ‘ini yang jahat’ kepada Tasek Gelugor, Yang Berhormat,” katanya.

Selepas didesak berkali-kali supaya menarik balik kata-kata itu, termasuk oleh Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Kok kemudian menarik balik kata-katanya itu tetapi bukan dengan niat.

Ronald terus mendesak Kok menarik balik kata-katanya itu tanpa syarat sehingga Ahli Parlimen Seputeh itu kemudian akur dan meneruskan perbahasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia