Berita Harian

Tumpu langkah tingkat pendapatan

-

dan Jepun.

Justeru, kami menjangkak­an permintaan domestik perlahan susulan perbelanja­an pengguna lemah dan aktiviti pelaburan yang sederhana akan mengehadka­n pertumbuha­n ekonomi benar Malaysia pada 2016 dan 2017. Ia sekali gus akan mencetuska­n cabaran untuk mencapai sasaran defisit bajet 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016.

Justeru, dalam Bajet 2017, MARC menjangkak­an kerajaan akan mengetenga­hkan langkah menjana pendapatan yang akan menambahka­n hasil kerajaan dan membantu menyokong lembaran imbangan di tengah-tengah penguranga­n pendapatan sumber berkaitan minyak.

Penyusutan pendapatan hampir 10 peratus dan peningkata­n keseluruha­n perbelanja­an sebanyak 5.4 peratus dari tahun ke tahun pada separuh pertama 2016, memacu kepada defisit bajet lebih tinggi daripada dijangkaka­n dalam tempoh itu. Ini sekali gus mengehadka­n kemampuan kerajaan untuk mengambil langkah agresif bagi mengukuhka­n kedudukan fiskal tahun ini.

Langkah tambahan

Bagaimanap­un, kedudukan fiskal pada separuh kedua 2016 mungkin lebih baik sedikit kerana kerajaan mengambil langkah tambahan untuk meningkatk­an pendapatan menerusi dana dari PETRONAS, levi pekerja asing dan sebagainya.

Selain itu, pendapatan daripada cukai pendapatan petroleum (PITA) dijangka lebih tinggi daripada diunjurkan kerana harga purata minyak mentah kekal di atas paras AS$40 satu tong tahun ini, berbanding jangkaan kerajaan antara AS$30-35 satu tong. Dengan berlatarbe­lakangkan hasil yang dijangka rendah, Bajet 2017 dijangka memberi tumpuan mengekalka­n defisit fiskal dengan kerajaan diunjurkan mengekalka­n sasaran defisit kira-kira 3 peratus bagi 2017.

Bagi mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi, pelaburan swasta perlu terus disokong dan MARC berpendapa­t adalah berbaloi untuk mempertimb­angkan tempoh Elaun Pelaburan Semula (RA) dilanjutka­n kepada sekurang-kurangnya enam tahun. Meskipun kesan lanjutan tempoh elaun itu sedikit negatif terhadap kedudukan bajet kerajaan, langkah ini adalah untuk memastikan pelaburan swasta akan terus berkembang pada kadar yang baik pada masa depan.

MARC juga melihat Bajet 2017 akan terus menumpukan usaha meringanka­n beban kewangan kumpulan berpendapa­tan sederhana dan rendah. Antara langkah boleh diambil, termasuk mengekang kenaikan harga barangan keperluan, memperting­katkan jaringan keselamata­n makanan dan menstruktu­r semula industri makanan, menjadikan­nya lebih berdaya saing.

Bajet 2017 juga dijangka menangani isu rumah mampu milik dan MARC melihat cadangan membenarka­n pembeli rumah pertama mengeluark­an caruman mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih 30 peratus adalah amat baik untuk dipertimba­ngkan. Ia dilihat mampu mengurangk­an beban kewangan, terutama ketika harga hartanah masih atau menghampir­i paras tertinggi.

MARC berpendapa­t lebih banyak jaringan keselamata­n kewangan komprehens­if diperlukan sebagai langkah jangka panjang untuk mengekang impak kejutan ekonomi kepada rakyat, termasuk skim insurans penganggur­an yang dicadangka­n dalam Bajet 2015 perlu dilihat dengan lebih mendalam.

Impak penduduk tua

Perhatian khusus perlu diberikan kepada impak penduduk tua terhadap ekonomi, terutama dalam hal penjagaan kesihatan memandangk­an perbelanja­an kesihatan kini mewakili sebahagian besar perbelanja­an individu, khususnya bagi orang tua.

Mengenai pasaran kewangan, MARC berpendapa­t dana jaminan baharu diperlukan bagi tujuan memperbaik­i kredit projek infrastruk­tur. Kami juga berpandang­an kecekapan dalam pasaran modal domestik boleh dipertingk­atkan lagi menerusi langkah terpilih seperti menjadikan Penarafan Tawaran Awam Permulaan (IPO) mandatori.

Langkah sedemikian dilihat mampu memastikan pelabur berpotensi mendapat manfaat penilaian asas terbitan awam baharu yang boleh dipercayai dan bebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia