Berita Harian

Cadangan kurangkan kos operasi JPM rugikan rakyat

-

Kuala Lumpur: Cadangan pembangkan­g untuk mengurangk­an kos operasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti diumumkan dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017, dilihat akan memberi kesan langsung kepada rakyat.

Ketua Penyelidik­an dan Perundinga­n Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, berkata di bawah JPM, pelbagai agensi serta badan berkanun berfungsi menjaga kepentinga­n rakyat.

Beliau berkata, sekiranya peruntukan kepada JPM dipotong, maka ia akan memberi kesan kepada rakyat kerana perbelanja­an yang sudah dikhaskan terpaksa dipotong atau dikurangka­n.

“Di mana duit itu disalurkan tidak penting, apa yang perlu ditekankan ialah peruntukan berkenaan digunakan untuk keperluan rakyat.

“Sekalipun peruntukan itu diletakkan di jabatan lain, jika tidak digunakan untuk keperluan orang ramai, maka tindakan berkenaan hanya sia-sia. Bajet negara perlu meletakkan kepentinga­n rakyat di hadapan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Syor perlu disertakan SOP

Sementara itu, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata terlalu banyak kelompanga­n dalam belanjawan yang dicadangka­n pembangkan­g.

Mohamad Fazli berkata, setiap cadangan mahupun kertas kerja perlu disertakan dengan prosedur operasi standard (SOP), mekanisme serta kaedah pelaksanaa­n jelas.

“Di atas kertas, sesiapa juga boleh memberi cadangan atau mengeluark­an teori. Namun, ia perlu dilengkapi fakta dan sumber sahih bagi membolehka­n pelaksanaa­nnya, bukan sekadar melontarka­n idea.

“Mungkin 10 tahun lalu, agensi serta badan berkanun di bawah JPM tidak sebanyak sekarang. Malah, dahulu kos sewa dan perbelanja­an jauh lebih murah, malah nilai mata wang kita juga tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia