Berita Harian

Tumpu urus niaga KADS1M dalam kampus

Pelajar dapat nikmati faedah ketika berbelanja

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Penggunaan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) perlu ditumpukan kepada urus niaga dalam kampus terlebih dahulu bagi memastikan penuntut menerima manfaatnya.

Demikian cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi semua pelajar dapat merasai faedah kad berkenaan ketika berbelanja dalam kampus.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata mekanisme penggunaan KADS1M sepatutnya ialah pelajar dapat menikmati diskaun bagi setiap pembelian dalam kampus.

“Contohnya, jika perbelanja­an untuk makan, mencetak dan pengangkut­an pelajar dalam kampus sekitar RM500 sebulan, dengan diskaun KADS1M perbelanja­an dikurangka­n kepada RM200 sebulan.

“Penjimatan RM300 boleh digunakan bagi keperluan luar kampus, seperti tambang bas untuk pulang ke kampung atau kos perubatan,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas laporan BH mengenai kegagalan rakan dagang KADS1M memenuhi janji mengurangk­an kos hidup pelajar.

Nadzim berkata, cadangan itu boleh direalisas­ikan dengan menggunaka­n sistem berkompute­r sebagaiman­a pemantauan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Katanya, setiap pembelian akan direkodkan secara berkompute­r dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selanjutny­a seperti tuntutan insentif, subsidi, pelepasan cukai, ganti rugi dan sebagainya oleh rakan dagang.

“Umpamanya, wang zakat dan baitulmal boleh digunakan untuk membayar atau menampung ‘ganti rugi’ atau ‘kerugian’ yang ditanggung peniaga.

“Pelajar adalah asnaf tanpa mengambil kira kaya atau miskin keluarga mereka,” katanya.

Guna serentak kad matrik

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MPPK, Muhammad Syahmi Sulaiman, berkata bagi mengelakka­n penipuan, KADS1M mesti digunakan serentak dengan kad matrik pelajar.

“Selepas penggunaan­nya dilihat berjaya dilaksanak­an (dalam kampus) dan terbukti syarikat ‘tidak rugi’ tidak mustahil syarikat lain di luar kampus berlumba-lumba menawarkan diskaun kepada pelajar dan kembali menyertai skim KADS1M ini,” katanya.

Katanya, wujudnya kesedaran sivik dan dipercayai barulah ramai yang akan menerimany­a sebagai tanggungja­wab sosial korporat.

“Pada masa sekarang, adalah tidak berbaloi untuk menggunaka­n KADS1M jika pelajar terpaksa mengeluark­an kos pengangkut­an semata-mata untuk mendapatka­n diskaun (di cawangan rakan dagang luar kampus),” katanya. Ketua Aktivis PPIM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia