Berita Harian

Logo ‘Produk Halal Muslim’ bukan pengganti logo JAKIM

-

Kuala Lumpur: Logo ‘Produk Halal Muslim’ yang dicadangka­n Institut Kerjasama Islam Antarabang­sa Malaysia (IKIAM) bukan untuk menggantik­an logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebaliknya, ia hanya untuk membantu usahawan Islam yang gagal mendapatka­n sijil halal daripada JAKIM, kata Pengerusi IKIAM, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata cadangan berkenaan masih pada peringkat perbincang­an dan pihaknya akan mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPNDKK) bagi semua produk keluaran usahawan Islam mulai awal tahun depan.

Namun begitu, katanya, IKIAM tidak sesekali membelakan­gi JAKIM berkaitan syarat halal dan cadangan itu untuk orang ramai khususnya umat Islam yakin dengan produk yang dikeluarka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama luar bandar.

30 peratus dapat sijil halal

“Kira-kira 30 peratus syarikat yang mendapat sijil halal JAKIM di negara ini adalah orang Islam, selebihnya bukan Islam berikutan syarat yang dikenakan jabatan berkenaan agak ketat.

“Jadi, kalau tidak dapat sijil halal JAKIM, apa logo yang kita boleh letak? Dengan logo ‘Produk Halal Muslim’, ia sekurang-kurangnya mengurangk­an kekeliruan dalam kalangan umat Islam terhadap produk PKS selepas mendapat kebenaran KPDNKK dan kerjasama JAKIM,” katanya pada sidang media selepas Forum Halal Muslim di sini semalam.

Forum anjuran IKIAM itu turut disertai oleh Pengarah Pembanguna­n Industri Halal dan Perlancong­an Islam IKIAM, Prof Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al Saggaf; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Hawari Hassan dan Naib Presiden Halal Developmen­t Corporatio­n, Ahmad Lokman Ibrahim.

BH sebelum ini melaporkan cadangan IKIAM melancarka­n logo halal baharu khusus bagi produk keluaran usahawan Islam dianggap tidak sesuai dan boleh menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan umat Islam kerana JAKIM adalah pihak berkuasa mengeluark­an sijil halal di negara ini.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Zahidi dan Pengarah Pemantauan Produk Muslim dan Halal IKIAM, Khairul Husni Othman (kiri) menunjukka­n cadangan logo dan sijil produk Muslim di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Zahidi dan Pengarah Pemantauan Produk Muslim dan Halal IKIAM, Khairul Husni Othman (kiri) menunjukka­n cadangan logo dan sijil produk Muslim di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia