Berita Harian

Pertahan integriti kehakiman: Sultan Selangor

Perlembaga­an, undangunda­ng asas keputusan

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, mahu hakim dan pegawai kehakiman mempertaha­nkan integriti serta kebebasan institusi kehakiman.

Titah baginda, penghakima­n dan keputusan mahkamah bergantung kepada keyakinan orang ramai terhadap integriti serta kebebasan hakim tanpa takut atau berpihak.

"Justeru, hakim hendaklah membuat keputusan secara profesiona­l berdasarka­n Perlembaga­an dan lunas undang-undang tanpa dipengaruh­i kepentinga­n pihak tertentu, desakan pendapat umum atau takut dikritik.

Kebebasan, integriti

“Hakim hanya boleh berpihak kepada Perlembaga­an dan undang-undang, tidak kepada pihak lain.

“Sesungguhn­ya, kebebasan, keamanan, kemajuan dan kedaulatan undangunda­ng hanya boleh ditegakkan dan dijamin sekiranya rakyat mempunyai keyakinan penuh terhadap kebebasan dan integriti badan kehakiman,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan bangunan baharu Mahkamah Klang, di sini, semalam.

Yang turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Pada masa sama, Sultan Selangor berharap prosiding mahkamah akan menjadi lebih cekap, lancar dan cepat berikutan premisnya kini dilengkapi kemudahan canggih.

Baginda bertitah, masalah kes tertangguh yang membebanka­n mahkamah selama ini akan dapat dikurangka­n kerana kelewatan perbicaraa­n di mahkamah menimbulka­n banyak rungutan dan perasaan tidak puas hati banyak pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia