Berita Harian

PETRONAS bantu pelajar luar bandar

Program Kembali Ke Sekolah bantu tingkat pencapaian akademik

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Usaha meningkatk­an kecemerlan­gan pendidikan di negara ini terus menjadi keutamaan PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an di kawasan operasinya.

Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Olefins, Glycols and Derivative­s Sdn Bhd, M Farid Ngah, berkata inisiatif seperti program Kembali Ke Sekolah diharap dapat meringanka­n bebanan pelajar, selain meningkatk­an pencapaian akademik, terutama di luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Sebagai syarikat minyak dan gas nasional, PETRONAS giat melaksanak­an pelbagai inisiatif, termasuk program pendidikan khusus bagi membantu pelajar kurang bernasib baik mendapatka­n asas akademik kukuh supaya cemerlang dalam pelajaran.

“Program ini dilaksanak­an hasil usaha sama PCG, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan BH. Justeru, saya ingin merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada pihak Media Prima Berhad dan BH dalam menyokong kami merealisas­ikan matlamat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Sekolah, Bengkel Kecemerlan­gan Matematik dan Sains serta Sumbangan Beg Sekolah di Kompleks Pentadbira­n Petrokimia PETRONAS di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Wan M Hasnan dan Pegawai PPD Kemaman, Idris Bidin.

Suntik semangat murid

Sementara itu, Idris berkata, sum- bangan beg berkenaan diharap menyuntik semangat murid untuk terus berusaha membina kejayaan.

“PETRONAS menjadi syarikat pertama yang memberi sumbangan beg sebagai persediaan memasuki sesi persekolah­an 2017.

“Dengan azam baharu, setiap murid dapat memulakan langkah pertama lebih hebat untuk ke sekolah dengan menggalas beg sumbangan PCG ini,” katanya.

Sempena program itu, PCG turut bekerjasam­a dengan BH bagi menganjurk­an Bengkel Kecemerlan­gan Matematik dan Sains yang pernah diadakan di Sipitang, Sabah.

 ?? [ FOTO SHAMSUDIN HUSIN/BH ] ?? Sebahagian pelajar yang menyertai bengkel BH Didik anjuran tajaan PETRONAS di Kerteh, semalam.
[ FOTO SHAMSUDIN HUSIN/BH ] Sebahagian pelajar yang menyertai bengkel BH Didik anjuran tajaan PETRONAS di Kerteh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia