Berita Harian

DBP kena aktif kempen Bulan Bahasa Kebangsaan

-

Putrajaya: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu lebih aktif menarik penyertaan badan korporat, syarikat swasta dan tokoh bahasa dalam menyemarak­kan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia berikutan masih banyak pihak yang tidak tahu mengenai sambutan itu dan kerjasama kumpulan serta golongan terbabit boleh membantu memartabat­kan Bahasa Kebangsaan.

“Golongan ini boleh membantu menyemarak­kan sambutan sambil menunaikan tanggungja­wab sosial (CSR) dalam bulan bahasa ini dengan menarik pembabitan masyarakat.

“Ramai yang tidak mengetahui sambutan bulan bahasa, namun jika kita beri penjelasan, bertemu dan buat program, pasti rakyat berbilang kaum akan menyertain­ya,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di sini, semalam.

Tingkat kesedaran

‘1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa’ dipilih sebagai tema sambutan tahun ini yang antara lain bertujuan meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n bahasa dalam pembanguna­n tamadun bangsa, selain disesuaika­n dengan slogan, DBP iaitu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ yang digunakan sejak 1952.

Mahdzir berkata, teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengenai banyak kawasan perumahan, taman, gedung niaga dan pusat pelanconga­n dinamakan dengan bahasa Inggeris menerusi kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), harus dipandang serius.

Justeru, katanya, pengisian sam- butan Bulan Bahasa Kebangsaan perlu mencermink­an kewibawaan dan keutuhan Bahasa Kebangsaan.

“Penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul, terutama di tempat awam penting kerana masyarakat mudah terpengaru­h cara dan gaya bahasa yang digunakan, termasuk menerusi papan iklan dan media.

“Jika salah penggunaan­nya, masyarakat akan membuat kesalahan sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia