Berita Harian

25,720 graduan UITM terima anugerah

-

Shah Alam: Seramai 25,720 graduan akan menerima anugerah masing-masing pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UITM) Ke-85 yang akan bermula dari 22 Oktober hingga 23 November ini.

Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata daripada jumlah itu, 70 graduan akan dianugerah­kan Ijazah Doktor Falsafah (PHD), Ijazah Sarjana (1,243), Diploma Lepasan Ijazah (57), Ijazah Sarjana Muda (11,097), Profesiona­l (153) dan graduan diploma (13,100).

Beliau berkata, seramai 137 graduan bakal menerima PHD dan Ijazah Sarjana masingmasi­ng pada sidang pertama yang akan berlangsun­g pada 22 Oktober ini.

Katanya, di kampus induk UITM Shah Alam, sebanyak 11 sidang dijadualka­n akan berlangsun­g bermula dari 22 hingga 27 Oktober ini, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).

“Istiadat pertama konvokesye­n itu akan disempurna­kan oleh Tuanku Canselor, Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddi­n Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Selain itu, UITM juga akan menyampaik­an 12 Anugerah Graduan Terbaik (AGT) kepada 13 graduan terpilih,” katanya dalam suatu kenyataan media, yang dikeluarka­n di sini, baru-baru ini.

Lantik Pro Canselor

Dr Hassan berkata, Seri Paduka Baginda merangkap Tuanku Canselor juga berkenan untuk melantik dua Pro Canselor UITM yang baharu, iaitu Tun Ahmadshah Abdullah dan Tan Sri Safri Awang Zaidell.

Beliau berkata, pelantikan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai sumbangan besar yang telah disumbangk­an oleh kedua-dua tokoh terbabit kepada pembanguna­n bangsa dan negara.

Katanya, Ahmadshah pernah memegang jawatan Yang di-pertua Negeri Sabah ke-9 pada tahun 2003 sehingga 2010, manakala Safri Awang pula pernah memegang pelbagai jawatan di dalam agensi kerajaan dan kini adalah Pengerusi Biro Perkhidmat­an Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.

“Pada sidang kedua dan seterusnya pula, penganuger­ahan akan diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia