Berita Harian

DBKL komited bantu calon SPM di ibu kota

Inisiatif Tuisyen Nadi mahu tingkat taraf hidup penduduk di bandar raya

- Oleh Basir Zahrom

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus komited memacu kecemerlan­gan pendidikan pelajar sekitar bandar raya itu dengan menaja seminar menerusi kerjasama untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembanguna­n Dasar dan Pendidikan DBKL, Nor Iz Hayza Mohd Zam, berkata penganjura­n program itu adalah kesinambun­gan daripada Tuisyen Nadi yang dijalankan pihak DBKL.

Beliau berkata, program tuisyen itu membabitka­n 661 calon SPM dari 18 sekolah sekitar Kuala Lumpur dan sebahagian besar daripada mereka itu mengikuti seminar dengan kerjasama berkenaan.

Katanya, penganjura­n program itu bagi membantu pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dan membuat persediaan SPM dengan lebih berfokus.

Keputusan cemerlang

“Ini adalah inisiatif kami bagi memperbaik­i kualiti dan memperting­kat taraf hidup golongan pendapatan rendah di bandar raya ini dalam aspek pendidikan serta berusaha juga membangunk­an komuniti supaya dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan makmur.

“Adalah diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan kami mahu melihat keputusan cemerlang daripada sekolah yang menyertai program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Seminar SPM DBKL-BH di Institut Latihan DBKL di sini, baru-baru ini. Yang turut hadir ialah Penolong Ketua Penyunting Rosdi Ismail.

Seminar dua hari itu memberi pendedahan kepada 200 calon SPM dari 12 sekolah sekitar Kuala Lumpur yang mengikuti Tuisyen Nadi dibawah kelolaan DBKL untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

 ??  ?? Nor Iz Hayza (tengah) bersama pelajar yang melaungkan keyakinan untuk meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2016.
Nor Iz Hayza (tengah) bersama pelajar yang melaungkan keyakinan untuk meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia