Berita Harian

Menyemarak budaya inovasi, produktivi­ti PKS

Kerjasama strategik PPRN, universiti tempatan tingkat prestasi produk

-

Kolaborasi strategik membabitka­n Kementeria­n Pendidikan Tinggi, SIRIM, Yayasan Steinbeis Malaysia, Platcom Ventures dan SME Corp adalah antara usaha dijalankan bagi menyemarak­kan budaya inovasi dan produktivi­ti di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Impak ke atas projek kerjasama ini dipantau oleh Majlis Pemantauan Produktivi­ti Kebangsaan (NOPC) yang ditubuhkan pada April 2015 di bawah Majlis Pembanguna­n PKS Kebangsaan.

Projek yang dilaksanak­an secara kolaborasi ini dinilai menggunaka­n pendekatan Pengukuran Keberhasil­an Produktivi­ti (PGM) merangkumi pengukuran produktivi­ti dari segi kuantitati­f dan kualitatif.

Satu daripada kolaborasi strategik adalah Jaringan Penyelidik­an Awam Swasta (PPRN) membabitka­n kumpulan sasaran antara Universiti Tempatan dan PKS.

Bagi kolaborasi ini Syarikat Encoral Digitals Solutions Sdn Bhd menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) untuk menghasilk­an Online Quranic Verication Tool.

Jimatkan masa

Pengarah Pemasaran Encoral Digital Solution Sdn Bhd, Mohd Taib Pardi, berkata dengan adanya kerjasama itu, ia dapat memendekka­n tempoh masa untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Projek yang kami laksanakan ini adalah lebih berbentuk khidmat sosial korporat (CSR) hasil kerjasama dengan Institut Al Sunnah Wal Jamaah.

“Sebagai syarikat, keutamaan kami adalah melaksanak­an projek komersial.

“Sebelum adanya PPRN, projek ini berjalan dengan perlahan kerana bukan mudah untuk membuat pengesahan ayat Quran yang ada atas talian tetapi selepas kerjasama dengan UNISZA ia memudahkan kami melaksanak­annya.

“Kerjasama ini, sekali gus menaikkan nama syarikat kami,” katanya.

Kongsi kepakaran

Timbalan Pengarah pembelajar­an UNISZA, Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany, berkata menerusi usaha ini UNISZA dapat berkongsi kepakaran dengan industri dan komuniti.

“Penyelidik­an yang kami bangunkan ini memenuhi kehendak industri dan hasil kajian ini adalah bersifat realistik dan mampu menyelesai­kan masalah sebenar.

“Bagi syarikat, mereka dapat meningkat prestasi dan mempelbaga­ikan produk.

“Perbincang­an dua hala dapat memberi input yang sangat bermakna buat UNISZA khususnya dan penyelidik.

“Kerjasama ini sekali gus membuktika­n bahawa penyelidik­an UNISZA berkualiti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia