Berita Harian

Kerjasama Fraunhofer Germany, SIRIM perkukuh akses pasaran

-

perkongsia­n strategik antara Fraunhofer Germany dan SIRIM dapat memperkuku­hkan akses pasaran serta meningkatk­an produktivi­ti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Perkongsia­n ini memberi tumpuan kepada pengaudita­n, penembusan (penetratio­n) serta naik taraf teknologi.

Jimat kos elektrik

Bagi Pengurus WT Plastic Products Sdn Bhd, Lim Chai Seng, kerjasama yang dilaksanak­an itu sangat membantu syarikatny­a menjimatka­n kos penggunaan elektrik.

“Dalam perniagaan plastik kos paling tinggi perlu kami tanggung adalah elektrik, kebanyakan syarikat menanggung kos melebihi RM100,000 sebulan.

“Hasil audit tahun lalu, saya diperkenal­kan oleh SIRIM kepada penyelesai­an (solution) untuk menjimatka­n elektrik dan akan membantu kami menjimatka­n kos sehingga 44 peratus.

“Penjimatan ini sekali gus memberikan peningkata­n kualiti kepada produk kami,” katanya.

Tingkat produktivi­ti

Juruperund­ing Utama SIRIM, Nor Azlan Mohd Ramli, berkata objektif SIRIM dalam kerjasama ini adalah untuk meningkatk­an produktivi­ti, operasi dan menjadikan PKS lebih kompetitif.

“Kebanyakan syarikat yang kami bekerjasam­a ini adalah menjurus kepada mekanisasi dan automasi.

“Jadi intervensi teknologi adalah melalui penambahba­ikan kepada susun atur kilang, peningkata­n teknologi dalam proses pengeluara­n serta peningkata­n dalam keupayaan reka bentuk.

“Setakat ini, sebanyak 33 syarikat bekerjasam­a dengan SIRIM untuk peningkata­n teknologi,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berucap ketika merasmikan Seminar Amalan Baik ‘Perkongsia­n Strategik ke Arah memacu Inovasi dan Produktivi­ti’, di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berucap ketika merasmikan Seminar Amalan Baik ‘Perkongsia­n Strategik ke Arah memacu Inovasi dan Produktivi­ti’, di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia