Berita Harian

Jabatan Pendidikan negeri diarah siasat

-

Putrajaya: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diarah menyiasat kejadian murid Tahun Enam yang parah tertusuk gunting sedalam kira-kira lima sentimeter (cm) di kening mata kanannya, Selasa lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata laporan penuh kejadian di Sekolah Kebangsaan (SK) Khir Johari, Sabak Bernam itu belum diperoleh pihaknya.

“Pihak yang menyebarka­n gambar murid berkenaan perlu dikenal pasti.

“Saya tidak pasti bagaimana gunting tajam itu digunakan dalam kelas dan ada pula individu menyebarka­n gambar terbabit.

Mahu tahu situasi

“Saya tidak mahu komen lebih kerana belum ada gambaran sebenar kejadian.

“Biar pihak berkenaan buat siasatan penuh mengenai kejadian,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, menahan kesakitan hampir 15 jam sebelum dibedah.

Kejadian berlaku pada jam 12.20 tengah hari Selasa lalu ketika mangsa melakukan kegiatan seni di makmal sekolah bersama rakan sekelas.

Pengarah Hospital Sungai Buloh (HSB), Datuk Dr Khalid Ibrahim, berkata gunting itu dapat dikeluarka­n menerusi pembedahan bermula jam 3 pagi kelmarin.

Beri panduan khas

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu guru memberi panduan keselamata­n khas membabitka­n penggunaan peralatan tajam di sekolah.

Presidenny­a, Kamarozama­n Abd Razak, berkata peralatan seperti gunting dan alat geometri perlu disimpan, dijaga serta diawasi penggunaan­nya, selain memerlukan pengawasan guru bertugas.

“Guru bertanggun­gjawab memastikan peralatan berkenaan selamat digunakan bagi mengelak kemalangan dan kecederaan.

“Pada masa sama, pelajar perlu menyedari bahaya bergurau bersama rakan menggunaka­n peralatan tajam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil dalam membezakan antara yang baik dan sebaliknya, termasuk dari segi penggunaan peralatan tajam bagi mengelak insiden seperti itu berulang.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Mahdzir menyampaik­an Anugerah Bulan Bahasa Kebangsaan kepada Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Mahdzir menyampaik­an Anugerah Bulan Bahasa Kebangsaan kepada Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia