Berita Harian

SM Salim semakin uzur, rindu teman seperjuang­an

Penyanyi veteran derita penyakit saraf sejak 18 tahun lalu

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Penyanyi, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, semakin uzur dan kini hanya mampu terbaring di katil dan sukar bercakap dengan susuk tubuhnya semakin menyusut.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama Melayu asli itu memulakan kerjaya sebagai juruhebah di Radio Malaya atau kini Radio Televisyen Malaysia (RTM), hanya mampu menjamah makanan dalam bentuk cecair selepas menderita penyakit urat saraf sejak 18 tahun lalu.

Anaknya, Shamsul Salim, 51, memberitah­u, bapanya yang mula uzur sejak setahun lalu, susut berat badan sebanyak 30 kilogram dan bergantung kepada anak-anak untuk menguruska­n diri.

Sukar duduk lama

“Bapa tiada penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis, cuma penyakit saraf. Kesan daripada penyakit ini, dia sukar duduk lama kerana ia menjejaska­n tulang belakang.

“Doktor cakap sudah tidak boleh buat apa-apa sebab kesilapan bapa dulu tidak mahu menjalani fisioterap­i selepas pembedahan saraf.

“Sekarang, bapa hanya bergantung kepada ubat dan kalau bercakap, butiran kata-katanya kurang jelas,” katanya ketika ditemui BH di kediamanny­a di Sering Ukay, di sini, semalam.

Salim dikunjungi Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave dan kepemimpin­an kanan, termasuk Datuk M Nasir, Datuk A Rahman Hassan dan Datuk Nashrudin Elias (Nash).

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT), Mohd Faizul Fitri.

Shamsul berkata, bapanya gemar masakan pedas dan sesekali teringin merasainya.

“Bapa suka makan makanan pedas. Kalau dia teringin makan sesuatu, kami akan suap sekadar bagi dia rasa. Makanan bapa semua dalam bentuk cecair atau bubur,” katanya.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN/BH ] ?? Dave bersama A Rahman dan M Nasir ketika melawat SM Salim di rumah anaknya di Sering Ukay, semalam.
[ FOTO OWEE AH CHUN/BH ] Dave bersama A Rahman dan M Nasir ketika melawat SM Salim di rumah anaknya di Sering Ukay, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia