Berita Harian

565 gerai pameran jadi tarikan Ekspo Antarabang­sa Selangor 2016

Penganjura­n kali kedua sasar raih keuntungan RM100 juta

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar

Ekspo Antarabang­sa Selangor 2016 menyasarka­n keuntungan RM100 juta dengan memfokuska­n pada tiga sektor ekonomi, iaitu barangan dan perkhidmat­an, e-dagang serta sains kehidupan.

Ekspo itu berlangsun­g selama tiga hari mulai semalam hingga esok di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC).

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkut­an Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata ekspo pada tahun ini menyaksika­n peningkata­n penyertaan 40 peratus, sekali gus dapat meningkatk­an keuntungan berbanding RM50 juta tahun lalu.

“Penyertaan ekspo kali ini lebih ramai, iaitu 565 gerai pameran dari seluruh dunia, termasuk 130 gerai pameran yang ditempah dari China, Indonesia, Thailand, Jepun, Turki, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Jerman, Belanda, Hong Kong, Perancis, Iran, Pakistan, Palestin dan Libya.

Potensi besar

“Pemilihan ketiga-tiga sektor terbabit didorong oleh pertumbuha­n ekonomi dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana, yang dilihat mempunyai potensi besar dalam pasaran tempatan dan global,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Ekspo Antarabang­sa Selangor 2016, di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Chang Khim berkata, penganjura­n ekspo kali kedua itu bertujuan menyediaka­n platform kepada syarikat tempatan dan asing, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan untuk mempamerka­n barangan dan perkhidmat­an, malah menawarkan hubungan perniagaan dan perdaganga­n.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa siri persidanga­n turut dianjurkan seperti perbincang­an aktiviti e-dagang rentas sempadan membabitka­n negara Asia Tenggara, seminar industri halal dan sesi biotek bertemakan Bio untuk Belia.

 ??  ?? Teng Chang Khim
Teng Chang Khim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia