Berita Harian

Melaka teliti keperluan bina pusat perubatan sukan

-

Melaka: Kerajaan Melaka hanya akan membina pusat perubatan sukan pada masa akan datang, jika lebih ramai atlet tempatan bertaraf dunia dilahirkan dari negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata kemudahan itu dilihat sebagai keperluan penting bagi mengekalka­n status kesihatan atlet di negeri terbabit pada tahap maksimum.

“Apabila kita melahirkan lebih ramai atlet profesiona­l Melaka bertaraf dunia, pusat perubatan sukan itu di negeri ini akan wujud apabila tiba masanya nanti.

Belum nampak keperluan

“Pada masa ini, saya belum nampak lagi keperluan itu tetapi percaya masih ada klinik kecil yang menyediaka­n perkhidmat­an, kemudahan dan pakar perunding kesihatan sukan di tempat lain,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Idris terdahulu menghadiri perasmian Majlis Mesyuarat Tahunan Persatuan Artroskopi Malaysia (MAS) Ke-4, selama dua hari yang disempurna­kan oleh Yang di-pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, di sini.

Yang turut hadir, Presiden MAS, Prof Dr Wan Hazmy Che Hon; legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh serta kira-kira 200 peserta membabitka­n pakar ortopedik, ahli sukan fizik dan pengamal perubatan sukan profesiona­l dari pelbagai negara termasuk Singapura, Taiwan, China, Korea Selatan, Belgium dan Perancis.

Saranan untuk pakar perubatan sukan

Sementara itu, Idris berkata, pakar perubatan sukan di negara ini disaran untuk mengemaski­ni ilmu pengetahua­n seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

Katanya, usaha itu perlu bagi meningkatk­an mutu pembanguna­n dalam perubatan sukan, sekali gus menjadi penentu hala tuju kejayaan ahli sukan dalam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia