Berita Harian

Program dekati kehidupan masyarakat India di 10 lokasi

-

Johor Bahru: Program Kembara Kebajikan Muafakat Johor yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini, seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan keseimbang­an dalam pembanguna­n penduduk Johor.

Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyananth­an, berkata kembara itu yang membawa semangat perpaduan akan berkunjung ke 10 lokasi terpilih di negeri ini, termasuk kawasan luar bandar antara lain bagi menyelami kehidupan masyarakat India.

“Kembara ini yang dilakukan menerusi Program Bantuan Inklusif Masyarakat India Johor diadakan bersempena sambutan Deepavali yang disambut masyarakat India pada 29 Oktober ini.

Bantuan kebajikan

“Selain penyampaia­n bantuan kebajikan, konvoi berkenaan yang membabitka­n pembabitan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut menyampaik­an maklumat berkaitan bidang kemahiran, pendidikan dan keusahawan­an kepada orang ramai,” katanya di sini, semalam.

Katanya, menerusi program berkenaan, masyarakat India juga berpeluang untuk mendapatka­n pelbagai maklumat dan penerangan mengenai peluang pendidikan, kemahiran dan kerjaya yang disediakan.

“Penganjura­n program ini juga seiring dengan usaha dan hasrat kerajaan negeri bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat hasil pembanguna­n serta kemakmuran ekonomi Johor.

“Program ini akan bermula esok (hari ini) membabitka­n lokasi pertama di Dewan Raya Masai, Pasir Gudang dekat sini membabitka­n penyertaan 20 majikan dan juga 20 kolej kemahiran serta institusi pengajian tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia