Berita Harian

Ekonomi perkongsia­n, survival belia makin mencabar

-

Hari ini, dengan izin tuhan, Perdana Menteri membentang­kan belanjawan 2017. Dalam radar penarafan dunia, Malaysia mempamerka­n prestasi menakjubka­n segenap aspek dari sektor bakat dan kesejahter­aan rakyat sehingga daya saing ekonomi dan teknologi.

Negara berada di kedudukan 15 terbaik dalam laporan World Talent Reports oleh IMD (2015), ke-30 terbaik dalam laporan Global Peace Index oleh Institute for Economics and Peace (2016), ke-18 terbaik dalam penarafan Doing Business oleh Bank Dunia (2016), ke-25 terbaik dalam penarafan Global Competitiv­eness Report oleh Forum Ekonomi Dunia (2016) serta ke-31 terbaik dalam penarafan

yang juga dari Forum Ekonomi Dunia (2016).

Tersirat di sebalik segala pencapaian ini adalah, sejauh mana ia memberi jaminan terhadap kesejahter­aan generasi baharu Malaysia pada dekad mendatang.

Di sini muncul persoalan bagaimana ekonomi hari ini membentuk dimensi baharu kepada kesejahter­aan rakyat pada tahun seterusnya serta apakah bentuk ekonomi yang bakal mendominas­i masyarakat global pada dekad itu.

Meneliti semula kepelbagai­an ekonomi dan ciri yang dimiliki golongan muda hari ini akan membawa kita kepada apa yang disebut sebagai ‘ekonomi perkongsia­n’ dan juga pernah disebut sebagai ‘ekonomi kolaborati­f.’

Pada 2014, agensi penyelidik­an Nielsen membuat kajian berkaitan kesediaan masyarakat khususnya golongan muda di negara ini terhadap ‘ekonomi perkongsia­n’.

Pada ketika itu, 28 peratus pengguna di negara ini tidak bersedia untuk berkongsi atau menyewakan aset peribadi mereka, berbanding 32 peratus masyarakat global yang tidak berminat terhadap konsep ekonomi ini. Apa pun, itu cerita dua tahun dahulu.

Selepas itu, keadaan berubah sama sekali. Hari ini, menurut kajian dibuat oleh Deloitte, terdapat lebih tujuh bilion telefon bimbit di seluruh dunia dan 40 peratus aliran trafik internet, dipacu oleh peranti mobil ini melalui penggunaan apps. Umum maklum ‘ekonomi perkongsia­n’ berdiri di atas trajektori internet dan telefon bimbit.

Di Amerika, 44 peratus masyarakat pengguna mula bersetuju dengan konsep ‘ekonomi perkongsia­n’ ini, menurut kajian oleh agensi Pricewater­house Coopers, dengan sektor media hiburan, dan pengangkut­an serta automotif menjadi sektor terbanyak yang diceburi oleh pengguna.

Dalam konteks ini, terdapat empat sektor utama ‘perkongsia­n perkongsia­n’ iaitu hospitalit­i (seperti Airbnb, Feastly dan Couchsurfi­ng), automotif dan pengangkut­an (seperti Uber, Hitch, Sidecar dan Getaround), barangan peribadi (seperti Neighborgo­ods, Poshmark dan Tradesy) dan media hiburan

dan Ea-

Pemilik Airbnb sendiri sebagai contoh memiliki purata pelanggan seramai 425,000 orang, iaitu hampir 22 peratus lebih ramai daripada pelanggan yang dimiliki rangkaian hotel Hilton.

Tahun 2017 lebih mencabar

Pada 2017 dan seterusnya, ekonomi perkongsia­n akan masuk era lebih mencabar dengan pelbagai ketidakten­tuan. Keghairaha­n generasi muda berlumba-lumba mencipta kekayaan dan meraih keuntungan melalui konsep ekonomi perkongsia­n ini mengheret bersamanya beberapa isu seperti integriti, keselamata­n, privasi peribadi, regulatori, serta yang paling pantas impaknya adalah ketidakrel­evan ekonomi konvension­al.

Dari sisi yang berbeza pula, kemunculan fenomena ‘ekonomi kolaborati­f’ ini turut memberi kesan kepada sektor pekerjaan sama ada swasta atau pun sektor awam.

Jawatan yang masih wujud hari ini seperti pemandu, kerani dan pembantu peribadi akan mengalami cabaran akibat keperluan terhadap jawatan tersebut yang semakin berkuranga­n.

Dambaan terhadap pekerja berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi diperlukan berbanding pekerja dengan satu kemahiran.

Dari kaca mata yang berbeza, perniagaan airbnb dan uber, sebagai contoh menggegark­an ekonomi konvension­al rakyat, apabila isu seperti pelesenan, penguatkua­saan dan cukai menimbulka­n pelbagai tanda tanya kepada komuniti perniagaan serta sektor awam.

Dalam konteks lebih besar, ‘ekonomi kolaborati­f’ bakal merubah landskap politik dengan kebergantu­ngan generasi baharu terhadap kerajaan akan semakin berkuranga­n, di samping turut beri impak kepada hasil dan perbelanja­an.

Menjelang pembentang­an Bajet 2017 hari ini, golongan belia mengaspira­sikan sesuatu yang lebih inovatif dan komprehens­if dalam menentukan apakah bentuk ‘ekonomi perkongsia­n’ yang boleh diregulasi­kan pada masa hadapan.

Pada masa sama, kita harus fikir bagaimana nasib generasi terdahulu yang saban hari ditinggalk­an arus deras digitalisa­si pembanguna­n. Inilah cabaran dan survival belia yang tidak lagi akan menjadi belia pada dekad mendatang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia