Berita Harian

Trump tunjuk sifat orang kecewa: Clinton

Calon Republikan tak mahu iktiraf keputusan jika kalah

-

Donald Trump kembali dengan satu lagi sandiwara, semalam apabila menyuaraka­n dia tidak akan mengiktira­f keputusan Pilihan Raya Amerika Syarikat jika kalah nanti.

“Saya akan memberitah­u anda pada masa itu. Saya mahu buat anda semua tertanya-tanya, okey,” katanya.

Calon Republikan itu bersuara ketika terbabit dalam perdebatan terakhir dengan pesaing dari parti Demokrat, Hillary Clinton.

Ketika digamit bahang cabaran pemilihan pada 8 November yang kini hanya berbaki 19 hari lagi, pertembung­an di Las Vegas itu dilihat sebagai gelanggang terakhir bagi Trump mengubah senario politik memihaknya ke Rumah Putih.

Clinton dan Trump berjalan terus ke podium apabila diperkenal­kan di Universiti Nevada, Las Vegas dan langsung tidak bersalaman ketika debat itu mahu dimulakan atau apabila ia berakhir.

Clinton dahului 52 peratus

Sambil memburukka­n nama Clinton, lelaki berusia 70 tahun itu berhujah bahawa dia mampu membawa perhubunga­n lebih baik dengan Moscow jika dipilih dan berkata Presiden Vladimir Putin tidak menghormat­i lawannya itu.

Clinton pantas membalas apabila berkata: “Memang benar kerana Putin lebih suka calon presiden AS menjadi boneka dan ikut arahannya.

Trump membidas: “Tak ada patung, kamulah patung.”

Namun, secara keseluruha­n Clinton dikatakan sudah hampir pasti akan muncul pemenang selaku presiden baharu AS selepas undian menunjukka­n dia mendahului 52 peratus berbanding lawannya, 39.

Trump turut membidas media ketika dia beranggapa­n agensi berita itu meracuni fikiran orang awam.

 ?? [FOTO AFP] ?? Clinton meninggalk­an podium selepas debat ketiga dengan Trump di Universiti Nevada, Las Vegas, semalam.
[FOTO AFP] Clinton meninggalk­an podium selepas debat ketiga dengan Trump di Universiti Nevada, Las Vegas, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia