Berita Harian

‘Perang untuk rakyat Iraq’

-

Presiden Perancis menambah: “Segala usaha perlu digerakkan untuk melindungi penduduk awam yang terdedah di zon tempur dan mereka jadi perisai manusia untuk Daesh.”

Operasi sudah lama ditunggu-tunggu ke atas Mosul itu dilancarka­n pada Isnin lalu dengan pembabitan kira-kira 30,000 tentera Iraq. Ia adalah operasi ketenteraa­n terbesar sejak tentera Amerika Syarikat berundur pada 2011.

Pertahan wilayah

Abadi memaklumka­n dalam mesyuarat itu: “Perang di Mosul adalah perang Iraq untuk rakyat Iraq bagi mempertaha­nkan wilayah Iraq.”

Wakil daripada kira-kira 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Turki, Iran, beberapa negara Teluk dan negara ahli Kesatuan Eropah (EU) turut menyertai mesyuarat di Paris yang dipengerus­ikan secara bersama Menteri Luar Perancis, Jean-marc Ayrault dan rakan sejawatann­ya dari Iraq, Ibrahim al-jaafari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia